Posted by penegak Syiar!!


Kemana hilangnya keinsafan?

Kemana hilangnya kesedaran?

Kemana agaknya mereka?

Kata itu terpacul keluar dari bibirku semalam. Sedih dengan keadaan muda mudi kini. Semakin pandai. Semakin intelek. Semakin bijak. Tapi sayang akhlak entah apa-apa.

Aku sendiri merasa perkara ini. Semalam usai solat maghrib di musolla, wirid menjadi santapan penenang hati. Namun ketenangan diragut apabila berbagai bunyi kedengaran. Bukan bunyi yang datang dari benda halus, bukan. Malah ia datang dari derapan kaki insan-insan yang tak berperikemanusiaan. Mungkin panggilan ini kejam, tapi itulah hakikatnya. Sudahlah kehadiran jemaah yang hadir ke musolla semakin berkurang. Semakin berkurang!!!

Tidak lama selepas itu, bunyi hilai tawa dari makhluk Allah yang lain lagi kedengaran. Entah apa yang menggelikan hatinya. Jenuh jemaah menoleh kebelakang tanda protes, namun tiada respon untuk berusaha supaya memperlahankan suara. Aku pasti semua jemaah yang ada memohon keampunan untuk mereka. Amen ya Rabb..

Itulah kisah dan ujian yang harus, akan dan mesti ditempuh oleh insan yang murni hatinya yang masih berjuang untuk memakmurkan rumah Allah. Teruskan dan jangan pernah kalah dengan nafsu. Anda adalah pejuang dan pendokong agama Allah !!!! tempat anda adalah tempat yang teristimewa di sisi Allah nanti.


0 Responses to " "

Leave a Reply

 
seindah kalam, semanis bicara - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords