aku

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

Sedih aku hanya aku sahaja yang tahu..

Tak perlu diketahui oleh orang lain..

Mereka menaganggap aku tidak wujud..

Sedangkan aku sudah bersedia untuk menerima arahan..

Mungkin aku hanya dianggap sebagai anasir..

Aku ingin lari..

Tapi kemana?

Tempat aku disini..

Bersama mereka..

Mungkin ini salah aku..

Salah aku seratus peratus..

Dulu aku pernah merasa kehilangan seperti ini..

Tapi kenapa sering aku..

Aku bersendirian..

Kadang-kadang hati ini mengeluh..

Kenapa ada jemaah???

Sedangkan hidup aku masih sendiri..

Tapi kadang aku merasa hadirnya jemaah..

Aku bahagia..

Mereka gembira, aku gembira..

Hati kecil ini terus meraung..

Sakit hati ini…hanya Allah yang tahu..

Aku bersendiri…

“kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan disini dimana lagi, kalau bukan waktu ini, bila lagi?”

Kalimah ini yang sentiasa menjadi penguat diri..

Yang sentiasa menemani bila aku ingin lari dari kelompok jemaah..

Benar !

Kalau bukan aku, siapa lagi??

Hendak mengharap pada anak-anak jalanan yang tidak faham..

Sia-sia…..

Kalau bukan disini aku mulakan…

Dimana lagi???

Kerana disini lah aku mengenal apa itu erti perjuangan..

Kalau bukan waktu ini..

Bila lagi?

Mungkin esok adalah ajal aku…

Ini semua tanggungjawab aku…

Islam tidak memerlukan aku..

Tapi aku yang memerlukan ISLAM !

Wahai hati, berusahalah dikau untuk bersabar..

Tak perlu ada amarah dalam perjuangan…

Kerana semua itu hanyalah tipu daya syaitan..

Senyumlah, ubatlah hatimu yang lara…

0 Responses to "aku"

Leave a Reply

 
seindah kalam, semanis bicara - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords