Masa mendewasakan kita…

Posted by penegak Syiar!! | Posted in


Tadi tengah lalu-lalu dekat blog sahabat, terbaca pula statement “masa mendewasakan kita”…aku tersenyum sekilas..tanda mengiyakan kebenaran statement tu..

Untuk pengetahuan pembaca, pada 7 november yang lalu umur saya baru sahaja masuk yang ke 2? Tahun..kebetulan, hari lahir saya tahun ini jatuh bersamaan hari raya haji. Dan untuk kesekian kali saya terpaksa beraya berjauhan dengan family tercinta. Tapi yang bestnya tahun ini saya beraya bersama sahabat-sahabat senegeri yang tidak pulang beraya…program tersebut sedikit sebanyak berjaya mengubati kerinduan pada kampung halaman…=)

Hendak dijadikan cerita, pada hari tersebut (hari lahir saya) tidak ada seorang pun insan tersayang yang mengwish saya..termasuk mama, bapa, kakak-kakak mahupun adik-adik…yang ingat pun hanya sahabat-sahabat yang tersayang.

Sedih saya bukan kepalang..tangis saya tidak henti-henti..mata membengkak sebagaimana hati ini membengkak..pada hari tersebut saya menelefon keluarga di rumah, berharap agar ada yang teringat..hampa …

Mahu sahaja saya melarikan diri daripada pandangan keluarga..hendak sahaja saya menghilangkan diri daripada fikiran keluarga..membuang jauh diri ini..

***

Tiga hari kemudian, keadaan saya kembali stabil..akal yang sihat ini, saya kerah untuk berfikir dan memujuk diri..tiada guna untuk bersedih, apa yang penting saya tidak lupa untuk menjaga amanah yang Allah beri ini..

Nyawa saya, tubuh saya, mama saya, bapa saya, keluarga saya.. mereka adalah amanah yang Allah beri untuk saya jaga..

Kalau terus-menerus marah atau merajuk, sampai bila dakwah tidak akan masuk ke dalam hati-hati mereka.. dan saya adalah insane yang paling gagal..gagal dalam memegang amanah..

Alhamdulillah, saya sudah kembali normal..tidak perlu sedih-sedih..kerana, semakin hari kita semakin dewasa..semakin dewasa kita semakin tua.. kenalah berfikiran matang dalam beberapa situasi..


rest minda..

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soklan x?
Pakcik : Boleh ajer...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yg putih ke yg hitam?
Pemuda : Yang putih
Pakcik : Kalau yg putih berjalan lebih kurang 6 kilometer stiap hari
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pon same..
Pamuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni mkn stiap hari?
Pakcik : Yang mana, yg putih ke yg hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yg putih mkn lebih kurang 4 kilo rumput setiap hari
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pon same..
Pemuda : Berapa banyak yg mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yg putih ke yg hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaaa....yg putih menghasilkan sekitar 6 kilo bulu setiap tahun
Pemuda : Dan yg hitam?
Pakcik : Yang hitam pon same..
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, pdahal jwapannya semuanya sama jer..
Pakcik : Mestilah..sebab biri-biri yg putih tu pakcik yg punya..
Pemuda : Ooo..gtu ker..abez tu yg hitam tu sapa yg punya ??
Pakcik : Yang hitam pon sama..
Pemuda : err....pakcik2...


*diambil daripada sahabat facebo0k


snap..snap..

Posted by penegak Syiar!! | Posted in


sekitar lawatan ke tapak program

macam biasa la..kena naik pregio nak g sana..

ni pejabat dia...




tengah mentelaah peta kawasan



sesuai sangat nak buat program..

pandangan atas


dah habis dah...bertolak balik



terima kasih ye pak cik...nt kita jumpa lagi..em, kira jadi laaa


doakan kami.

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

hari ini hendak melawat ke tapak program..bersama-sama sahabat seperjuangan.. Ya Allah, mohon Kau Berkati Perjalanan kami dan program kami ini Ya Allah..mudahan segalanya di bawah lembayung rahmatMu..


aku

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

Sedih aku hanya aku sahaja yang tahu..

Tak perlu diketahui oleh orang lain..

Mereka menaganggap aku tidak wujud..

Sedangkan aku sudah bersedia untuk menerima arahan..

Mungkin aku hanya dianggap sebagai anasir..

Aku ingin lari..

Tapi kemana?

Tempat aku disini..

Bersama mereka..

Mungkin ini salah aku..

Salah aku seratus peratus..

Dulu aku pernah merasa kehilangan seperti ini..

Tapi kenapa sering aku..

Aku bersendirian..

Kadang-kadang hati ini mengeluh..

Kenapa ada jemaah???

Sedangkan hidup aku masih sendiri..

Tapi kadang aku merasa hadirnya jemaah..

Aku bahagia..

Mereka gembira, aku gembira..

Hati kecil ini terus meraung..

Sakit hati ini…hanya Allah yang tahu..

Aku bersendiri…

“kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan disini dimana lagi, kalau bukan waktu ini, bila lagi?”

Kalimah ini yang sentiasa menjadi penguat diri..

Yang sentiasa menemani bila aku ingin lari dari kelompok jemaah..

Benar !

Kalau bukan aku, siapa lagi??

Hendak mengharap pada anak-anak jalanan yang tidak faham..

Sia-sia…..

Kalau bukan disini aku mulakan…

Dimana lagi???

Kerana disini lah aku mengenal apa itu erti perjuangan..

Kalau bukan waktu ini..

Bila lagi?

Mungkin esok adalah ajal aku…

Ini semua tanggungjawab aku…

Islam tidak memerlukan aku..

Tapi aku yang memerlukan ISLAM !

Wahai hati, berusahalah dikau untuk bersabar..

Tak perlu ada amarah dalam perjuangan…

Kerana semua itu hanyalah tipu daya syaitan..

Senyumlah, ubatlah hatimu yang lara…

 
seindah kalam, semanis bicara - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords