renungan hari ini

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

Bismillahirrahmanirrahim......
Assalamualaikum W.B.T kepada pelawat blog saya...

Alhamdulillah..setelah sekian lama tidak meng'update' blog saya, akhirnya saya dengan izin Allah Yang Maha Esa, telah diberikan ilham untk menulis sesuatu di blog yang tidak seberapa ini..Namun amat menginginkan manfaat kepada setiap orang yang membacanya...insyAllah....

Hari ini, tanggal 23 April 2010, bersamaan 10 Rabiul Awwal 1431, saya keluar ke Kota Bharu untuk membeli barang-barang keperluan..biasalah sebagai seorang pelajar asrama, apalagi duduk berjauhan dengan keluarga, membeli barang keperluan pun sendirilah. Kebetulan wang pinjaman PTPTN sudah di 'bank in' kan oleh pejabat bahagian kewangan yang sentiasa kaya dengan kehadiran insan-insan yang membawa wang kepada mereka.

Menyewa sebuah kereta adalah rutin harian bagi sesiapa yang ingin keluar menjenguk tempat yang ingin dituju. Tidak ketinggalan kami yang juga menyewa sebuah kereta untuk menjenguk tempat yang akan kami tuju. KB Mall..

Namun bukan kisah ini yang ingin saya ceritakan.

Hari itu saya sudah dua kali melalui sebuar tanah perkuburan orang islam yang terletak di sekitar Nilam Puri ini. Selepas memberi salam dan menydekahkan ummul Quran al-Fatihah..agar roh-roh arwah yang berada di dalam kubur itu sentiasa di rahmati Allah, terus sahaja fikiran saya beralih kepada 2 kes kematian yang mengejut baru-baru ini. Achik Spin dan Din Beramboi. Al-Fatihah untuk mereka..

Fikiran saya menerawang. Artis muda yang baru berusia 28 tahun itu mati dalam satu kes kemalangan jalan raya. Sungguh menyayat hati. Takziah saya ucapkan. Begitu juga dengan artis komedi Din Beramboi yang mana nyawanya diambil Allah saat beliau menghidap penyakit denggi berdarah.

Namun saat itu juga saya terfikir jika saya berada di tempat mereka, sempat kah saya untuk memohon keampunan dari Pencipta sebelum malaikat Maut mencabut nyawa saya. Saat itu juga saya terfikir nasib-nasib insan yang saya sayangi, masih kah ada waktu untuk bertaubat sedangkan ajal kita, entah bila. Ia akan datang secara tiba-tiba tanpa kita meminta.

“di mana sahaja kamu berada kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh, dan jika mereka mendapat kebaikan, mereka mengatakan``ini adalah dari sisi Allah,''dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana, mereka mengatakan``ini datangnya dari sisi kamu (Muhammad). Katakanlah semua datang dari sisi Allah. Maka mengapa orang-orang (Munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan seikitpun.''[An-Nisaa : 4:78]

Oleh kerana itulah Allah Yang Maha Esa mematikan sebahagian kita yang lain agar kita sentiasa berada dalam keadaan bersedia. Allah mematikan sebahagian kita yang lain adalah untuk menjadi peringatan kita yang masih hidup ini agar kita sentiasa dalam keadaan beringat dan tidak sekali-kali hanyut dalam dunia kita sendiri..

Ingatlah bahawa kehidupan ini hanya sementara. Kehidupan kekal sentiasa menunggu ketibaan kita. Samada kesudahan yang baik atau sebaliknya. Nauzubillah....

Wallahua'lam...


aku

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

Aku ketika itu masih berumur 7 tahun..
baru memasuki alam persekolahan..
aku sering dihantar ke rumah ayah saudaraku..
untuk dalam masa yang sebentar namun kerap..

selepas lima tahun bersekolah rendah..
aku memilih untuk bersekolah menengah di sebuah sekolah di ibu kota..
agak jauh dari rumah..
bila cuti, aku hanya akan tinggal di asrama..
selama lima tahun aku berkeadaan begitu..
akibatnya, aku menjadi pasif dihadapan seluruh keluargaku..
terutama pada ayah dan ibu..
aku faham perbuatan aku itu hanya menyakitkan hati kedua orang tua ku..
dalam masa lima tahun aku ibarat meng'orang asingkan' kedua orang tuaku..

apabila bait-bait kasih meresap dalam keluarga ku..
aku pula sekali lagi terpaksa meninggalkan rumah untuk mengikuti satu program kerajaan..
selama tiga bulan aku tidak pulang kerumah..
rindu terasa..
kala itu aku baru merasa nikmat merindukan keluargaku..
baru aku mengerti perasaan insan-insan yang menangis kerana rindu keluarga..
selama ini aku hanya mentertawakan mereka..
ia adalah satu jenaka buatku..
kini aku mengalaminya..

selepas tiga bulan, aku kembali ke rumah..
namun, belum pun sampai tiga bulan penuh aku menghabiskan masa bersama keluarga..
aku terpanggil lagi untuk menyambung pengajianku..
di sebuah Institusi Swasta tempatan..
namun terpaksa lagi berjauhan dengan kedua orang tuaku..
aku akan pergi untuk masa yang panjang..
apabila aku kembali kerumah segala-galanya mungkin akan berubah..
dalam masa dua tahun yang awal ini aku baru berpeluang untuk bersama mereka selama tiga minggu sahaja..
sungguh sedikit masa untukku bersama keluarga ku...

hati meronta namun perjuangan perlu diteruskan..
Doa sahaja yang boleh menjanjikan bahawa mereka dalam keadaan yang baik-baik sahaja...


Katak atau Kakak?!

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

Kisah satu malam....
semacam biasa, lepas Maghrib keluarga makcik aku akan melawat seorang lagi anak sedare mereka. Study lagi, bujang(saja nak promote), tahun last dah die.. anak kecik makcik yang baru umur tiga tahun setengah pun ikut skali. Hajat g sana bukan saja-saja, g tu pun sebab nak hantar t.V(televisyen) untuk die..

Sesampainya kami kat rumah die, kami pun borak-borak bersama. Lagak kami macam tak pernah jumpa untuk satu jangka masa yang sangat lama. Ah biarlah apa orang nak kata..inilah manisnya berukhuwwah..

em..lupa lak, anak dia yang kecik tu namanya Haikal. Haikal ni slalu keluar masuk rumah. Entah apa yang sedang dicari. Biar lah.. mak die tak marah pun buat apa aku nak masuk campur...gerutu hati ku tatkala timbul rasa risau akan si Haikal yang cukup dasyat kenakalannya.

Tiba-tiba Haikal masuk, pastu g kat ayah die yang sedang syok menonton t.V..
“Ayah..ayah..tadi Haikal pijak 'kakak'..”kata Haikal.
Ayah nya menjawab,”Alaa Haikal janganlah pijak akak..nanti akak sakit..” kembang kempis hidungku tatkala mendengar kalimah tersebut..
Maklumlah 'kakak' hanya aku sorang je kat situ.
“taapi yah, kakak tu dah mati, Haikal pijak”
Ada mimik kehairanan di muka ayah nya.
''Em..tak pelah Kal duk ngan ayah..''

Hari dah lewat. Masa balik la.. Haikal menarik tangan ibunya dan ingin menunjukkan 'kakak' yang dimaksudkannya.
''ooooo..... tu bukan 'kakak' la Kal.. hahaha... tu katak.. k.a.t.a.k..''
apalagi terburai ketawa kami malam tu.. masyAllah.. budak ni salah sebut rupanya.. sampai merah muka budak tu menahan malu.. budak kecik pun pandai nak malu-malu..malam tu spanjang jalan kami mentertawakan Haikal. Dan mangsanya adalah aku. Huh sakit badan malam kena pukul dek Haikal..

tu la len kali tanya dulu...


Masjid Kampung Laut

Posted by penegak Syiar!! | Posted in



Masjid Kg Laut merupakan sebuah masjid yang terletak di jajahan Kota Bharu, Kelantan. Ia terletak di Nilam Puri berhadapan dengan Universiti Malaya, kampus cawangan Kelantan, iaitu 20 km dari pusat bandar Kota Bharu. Usia masjid ini dipercayai melebihi 300 tahun dan turut dikaitkan kedatangan Islam di Kepulauan Nusantara abad ke-17 Masihi. Selain diiktiraf sebagai masjid tertua di negara ini, Masjid Kampung Laut turut disenaraikan antara masjid paling "bersejarah" di Asia Tenggara, seangkatan dengan masjid Nat Tanjung dan Wadi Hussin di Thailand, Masjid Demak di Jawa, Indonesia dan Masjid Kono (Champa, Kemboja).

SEJARAH

Menurut cerita lisan tradisi, berabad-abad dahulu, para pendakwah belayar ke sepanjang kepulauan Melayu untuk menyebar agama Islam. Pada tahun 1730-an, sekumpulan pendakwah melalui pantai timur Semenanjung Malaysia dalam perjalanan mereka dari Patani di selatan Thailand ke Jawa di Indonesia. Malangnya perahu mereka bocor dan mengalami kesulitan. Para mubaligh dalam perahu itu bersumpah bahawa kalau mereka dibawa ke pantai dengan selamat, mereka akan membina sebuah masjid dengan serta merta untuk memperingati peristiwa itu. Doa mereka dikabulkan, dan para pendakwah mendarat di Kampung Laut, Tumpat.

BINAAN MASJID

Masjid yang asal bukannya apa yang dilihat pada hari ini. Ia merupakan sebuah struktur asas dengan hanya empat tiang yang menyangga bumbung tiga tingkat yang diperbuat daripada daun rumbia. Keluasanya hanya 400 kaki persegi pada keseluruhannya. Pada akhir abad ke-19, masjid ini menjadi satu pusat agama yang penting, dan masjid itu diperbesar untuk merangkumi bilik sembahyang tambahan, peran, serambi, dan menara. 20 batang tiang dibina untuk menyangga binaan tambahan ini. Binaan tambahan ini menggunakan teknik 'Tebuk-Pasak' yang amat unik. Ia dibina daripada kayu tetapi tidak menggunakan walau sepucuk paku sekalipun. Atap daun rumbianya digantikan dengan atap genting.

Malangnya, asas masjid itu lemah. Dibina di tebing sungai, masjid itu sering dilanda oleh banjir kilat seperti banjir tahun 1926 yang dikenali sebagai "Bah Air Merah" yang melemahkan lagi asasnya. Selepas dilanda sekali lagi oleh banjir yang teruk pada tahun 1966 yang menghanyutkan sebahagian masjid itu, Persatuan Sejarah Malaysia mencadangkan pemindahan masjid itu ke tempat yang lebih selamat. Pada tahun 1968, masjid itu dibuka dan dipasang semula di kawasan Sekolah Pengajian Islam di Nilam Puri.

Pada tahun 1988, masjid ini diperbaik lagi dengan kemudahan-kemudahan moden seperti elektrik, air paip, tandas, dan kawasan duduk. Tiang-tiang dan dinding-dinding masjid juga dihias dengan ukiran kayu. Dengan tambahan-tambahan ini, kawasan binaan menjadi 5,254 kaki persegi (74 kaki x 71 kaki), iaitu 13 kali lebih besar daripada masjid asal.

Masjid Kampung Laut kini masih merupakan pusat agama yang aktif dan telah dianggap sebagai salah satu muzium yang paling penting di Semenanjung Malaysia.

LOKASI
Masjid Kg Laut
Jalan Kuala Krai,
Nilam Puri, Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim


SYAYAATIN

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

Menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyah, iblis berkembang biak menghasilkan lima jenis keturunan, iaitu:

SABAR
Kerjanya menimbulkan keluh kesah ke dalam hati orang yang ditimpa musibah sehhingga orang itu tergamak menyalahkan Tuhan.

DASIM
Kerjanya menimbulkan rasa cemburu yang melampau ke dalam hati suami dan isteri sehingga mereka bercerai-berai.

AL-A'WAR
Kerjanya menghasut manusia supaya berzina. misalnya, mendorong wanita berpakakian seksi dan mendorong pemuda dan gadis berdua-duaan sehingga timbul keinginan antara kedua-duanya melakukan zina.

MISWATH
Kejanya memisikkn cerita bohong dan meniup rasa buruk sangka ke dalam hati manusia. MISWATH juga menghasut manusia supaya menyebarkan fitnah.

ZAKNABUR
ZAKNABUR menyuntik rasa seronok ke dalam hati manusia di pasar dan pusat membeli belah. kesannya ramai orang suka menghabiskan masa yang lama di sana, malah sebahagiannya pergi ke sana tanpa sebarang tujuan


RENUNGAN BERSAMA

Posted by penegak Syiar!!

hari ni dah masuk hari yang ketujuh untuk bulan febuari..tanpa aku sedari lagi sebulan aku akan menghadapi imtihan niha'i atau final exam..waaaarrrggghhh aku semakin berdebar menanti hari 'bahagia' tersebut...aku nak yang terbaik untuk imtihan ni..kalau bleh aku nak dapat 4.00...aku nak tebus imtihan yang dulu...tapi semakin dekat hariku dengan imtihan ni, semakin banyak la plak imtihan nafs yang perlu aku hadapi...waarrgh...lagi susah dari tahriri...

aku nak hadapi, tapi aku rasa lemah..aku tahu aku mesti tajdidkan niat hari-hari.. minta kekuatan dari Allah..tapi bila kekuatan tu dah ada dalam diri aku, aku rasa susah plak nak berdepan ngan suasana..apa aku patut buat??

aku nak diri ini jadi kuat selepas hadapi imtihan..tak kira la imtihan tahriri ke..imtihan nafs ke..

aku nak dapat tempat di sisi Allah..semoga jalan yang aku pilih ni jalan yang akan membawa aku ke syurga Allah yang abadi..


peristiwa penting yang perlu kita ketahui..

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

3 Mac 1924, tahukah anda apakah peristiwa penting yg berlaku pada tarikh keramat ini? Ianya merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung - Khilafah Islamiyyah. Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La’natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Konspirasi ini dapat dilihat dengan jelas daripada ungkapan Menteri Luar Inggeris, Lord Curzon berikutan runtuhnya Daulah Khilafah; “Persoalan utamanya adalah bahawa Turki telah dihancurkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatan spiritual mereka, iaitu Khilafah dan Islam” .

Pada hakikatnya, keruntuhan Daulah Khilafah bukanlah sesuatu yang berlaku secara kebetulan. Pertentangan antara dua peradaban ini (Islam dan Kufur) telahpun berlaku sejak awal Rasulullah diangkat sebagai Rasul lagi. Daulah Khilafah yang dirobohkan ini merupakan kesinambungan Negara Islam yang didirikan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam di Madinah selepas berlakunya peristiwa Hijrah. Khalifah Abu Bakar As Siddiq merupakan orang pertama yang memulakan diari Negara Khilafah diikuti oleh Khalifah ‘Umar Al Khattab, Khalifah Osman bin ‘Affan dan Khalifah Ali bin Abu Talib di mana zaman pemerintahan mereka dikenali juga sebagai era Khilafah Rasyidah. Selepas itu kekhilafah diteruskan oleh Bani Umaiyyah diikuti kekhilafahan Bani Abbasiyah dan terakhir, kekhilafahan Bani Uthmaniyyah yang semuanya berlarutan lebih 1300 tahun. Benarlah sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sepertimana yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Hazim yang berkata:

“Aku telah mengikuti majlis Abu Hurairah selama lima tahun dan pernah aku mendengarnya menyampaikan hadits dari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam yang bersabda:

“Dahulu Bani Israil dipimpin dan dipelihara urusannya oleh para nabi. Setiap kali seseorang nabi wafat, digantikan oleh nabi yang lain. Sesungguhnya tidak akan ada nabi sesudahku. (Tetapi) nanti akan ada banyak khalifah.’ Para sahabat bertanya: ‘Apakah yang engkau perintahkan kepada kami?’ Baginda menjawab: ‘Penuhilah bai’at yang pertama dan yang pertama itu sahaja. Berikanlah kepada mereka hak mereka, kerana Allah nanti akan menuntut pertanggungjawaban dari mereka tentang rakyat yang dibebankan urusannya kepada mereka”

Sepanjang tempoh tersebut Islam telah menjangkau dan meliputi 2/3 dunia (lihat rajah kawasan umat Islam pada abad ke 15) dari Timur ke Barat. Sehingga itu juga banyak kejayaan yang telah dicapai dan rahmat melimpah ke atas umat manusia sepertimana Firman Allah:


”Dan tidak kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi sekelian alam”
[TMQ al-Anbiya’ 21:107]


Malapetaka ketiadaan Khilafah

Kehinaan yang menimpa umat Islam secara bertali arus sehingga ke hari ini adalah merupakan kesan dari tiadanya kekuatan politik di dalam tubuh umat Islam – tiadanya sebuah kepimpinan umum umat Islam (Al-Khilafah) yang menerapkan hukum-hukum Islam di dalam Negara Islam dan menyebarkan Islam ke luar Negara melalui dakwah dan jihad. Malapetaka yang terus menerus menimpa kaum Muslimin merupakan rentetan dari tiadanya perlaksanaan ke atas perintah Allah secara menyeluruh. Dari firman Allah di atas, adalah merupakan suatu kepastian bahawa dengan terlaksananya hukum-hukum syara’ secara menyeluruh, alam ini pasti akan dipenuhi rahmat Allah.

Namun apa yang kita perhatikan hari ini adalah perintah dan larangan Allah hanya tinggal sebagai tulisan-tulisan di dalam kitab sebagai rujukan akademik dan bukannya sesuatu yang diterapkan sebagai penyelesaian bagi masalah umat manusia. Rentetan dari itu, masalah gejala sosial, murtad, seks bebas, Aids, dadah dan sebagainya kini menjadi lumrah dan keluhan di bibir umat. Hakikatnya, penyelesaian bagi semua masalah-masalah ini telahpun dijelaskan oleh Allah dan RasulNya dengan penyelesaian yang hakiki. Apa yang perlu dilakukan adalah menerapkannya secara menyeluruh.


Salah satu malapetaka yang cukup menyedihkan yang menimpa umat Islam akibat dari kelalaian umat dalam menerapkan hukum Allah secara menyeluruh adalah dari segi ekonomi. Lihat sahajalah di negeri-negeri umat Islam, hasil bumi mereka seperti petroleum, emas dan perak yang sepatutnya menjadi milik umat telah dimonopoli oleh kapitalis Barat dan juga menjadi milik peribadi penguasa mereka. Akibatnya, umat Islam hidup dengan penuh kemiskinan dan menagih simpati di bumi sendiri. Di Iraq, sebagai contoh, akibat dari ketamakan Barat, 120,000 orang terbunuh di sepanjang 2003-2005, 5 juta kehilangan nyawa akibat embargo, 5000 kanak-kanak meninggal setiap bulan dan 100,000 meninggal akibat radiasi nuklear [Perang Iraq-AS, COMES: 2003]. Dominasi ideologi kapitalis yang kufur pada hari bukan sahaja membawa pelbagai kesengsaraan kepada umat Islam, malah kepada lebih 60% umat manusia di dunia. Kemiskinan, kehinaan dan kesengsaraan termanifestasi di seluruh dunia. Di dalam dunia yang serba canggih ini, masih terdapat 1.214 billion orang miskin, 78% kanak-kanak kekurangan zat, 11 ribu kanak-kanak mati kelaparan setiap hari dan lebih dari 800 juta orang kelaparan di seluruh dunia di mana 70% di antara mereka adalah wanita dan anak-anak. [Shukor Rahman, World Food Program, New Staits of Malaysia Times, 2001]. Semua ini berlaku dalam keadaan 20% dari penduduk dunia menerima lebih dari 60% dari kekayaannya!!! [100 ways of seeing an unequal world – Bob Sutcliffe]. Di Malaysia sendiri, individu terkaya di negara ini memiliki harta melebihi RM 11 bilion sedangkan pendapatan per kapita rakyatnya hanya sekitar RM 1700; malah masih ramai lagi rakyat termiskin yang tidak dapat menampung perbelanjaan keluarga mereka. Dengan kenaikan harga petrol sebanyak 30 sen baru-baru ini, sudah pasti bebanan rakyat akan bertambah dan bagi yang sudahpun berada di dalam keadaan yang sempit, mereka ini bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga...

Soalan yang pasti akan bermain di minda adalah kemanakah perginya segala kekayaan hasil bumi anugerah Allah yang menjadi milik umat Islam keseluruhannya? Kemanakah perginya kekayaan dari petroleum, gas, hasil balak dan lain-lain sumber asli yang begitu banyak dikurniakan Allah kepada kaum Muslimin?? Dalam dunia kapitalis hari ini, kekayaan yang sewajarnya menjadi milik umat, kini diraut oleh para kapitalis yang tidak pernah kenyang dari ketamakan mereka. Akibatnya merintihlah umat untuk mendapatkan bantuan perubatan, pendidikan dan keperluan asas kehidupannya kerana negara telah melepaskan tanggungjawab utamanya – menjaga urusan umat.
Dalam aspek pendidikan pula, cengkaman ideologi kapitalisme yang berasaskan aqidah sekular secara langsung memainkan peranan besar dalam perkembangan kurikulum di semua negeri umat Islam. Barat mengetahui bahawa dengan mengawal pemikiran umat melalui pengaruh yang mendasar ke atas kurikulum pendidikan, arah tuju umat dapat dialihkan kepada apa yang mereka inginkan. Realiti, dan bukan wahyu dijadikan sebagai sumber pemikiran. Akibatnya, realitilah yang menentukan jalan pemikiran dan bukannya berfungsi sebagai objek pemikiran. Akhirnya, akan lahirlah manusia yang pragmatik dan liberal – manusia yang langsung tidak merasa perlu untuk kembali kepada perintah Allah dalam menentukan mana yang baik dan mana yang buruk. Hari ini, dengan dominasi sistem pendidikan Barat, pengajian ilmu dan tsaqafah Islam menjadi sekadar proses pemindahan ilmu untuk ’dipelajari’ bukan untuk diterapkan dan diamalkan. Akhirnya agama diambil hanya dalam konteks hubungan makhluk dengan Tuhannya sahaja (’ibadah khusus), tidak lebih dari itu. Akibatnya lahirlah masyarakat sekular yang memegang aqidah Islam namun tidak mengambil Islam sebagai penyelesai bagi masalah-masalah kehidupan mereka. Mereka hidup semata-mata ingin meraih dunia tanpa komitmen yang kuat terhadap Islam. Mereka merasa cukup selesa meletakkan Islam hanya sebagai isu peribadi tanpa kesedaran bahawa mereka sebenarnya bertanggungjawab menerapkannya.

Malapetaka yang menimpa kaum Muslimin akibat dari tiadanya Islam dalam kehidupan juga dapat dilihat dalam aspek politik. Satu persatu negeri umat Islam dijajah secara ketenteraan; Iraq, Palestin dan Afghanistan merupakan contoh yang amat jelas. Manakala di negeri kafir umat Islam turut dibunuh dan dihina seperti di Thailand, Filiphina, Rusia serta Perancis. Di negeri-negeri lain, penguasa umat Islam tidak dapat memboloskan diri dari cengkaman negara ’super power’ AS seolah-olah akan berlaku bencana yang amat besar sekiranya telunjuknya tidak dipatuhi. Dalam keadaan ini, kaum kafir begitu bermaharajalela sehinggakan penghinaan ke atas Rasulullah melalui karikaturnya terus dipandang sepi oleh penguasa-penguasa umat Islam. Mereka (penguasa muslim) ini nampaknya sehingga hari ini tidak pernah mengambil pendirian yang tegas dalam menyelesaikan masalah tersebut. Dengan nada penuh kehinaan mereka hanya mampu menyeru kepada penyelesaian melalui dialog dan kompromi dengan kuffar, suatu yang mereka, kaum kafir, sambut dengan tangan terbuka. Dan pada waktu yang sama penguasa-penguasa ini menekan kebangkitan umat yang mahukan penyelesaian yang lebih tegas. Di manakah pendirian kita sebagai umat yang mulia?


Gambaran pemikiran umat Islam hari ini

Terdapat berbagai kelompok yang menyedari kegawatan permasalahan umat Islam kini. Namun usaha mereka masih belum dapat menyelesaikan masalah utama umat Islam malah menimbulkan banyak lagi masalah lain. Ini berlaku akibat dari kekeliruan mereka dalam menangani masalah tersebut. Kelompok yang ikhlas ini terlalu menumpukan tenaga mereka dalam menyelesaikan masalah cabang, namun, terlepas pandang masalah yang lebih mendasar. Contohnya, penyelesaian masalah murtad yang hangat suatu ketika dahulu. Dalam mempertahankan kedudukan mahkamah syariah mereka juga bertekad untuk mengekalkan perkara 121 Perlembagaan Persekutuan yang kononnya melindungi umat Islam padahal permasalahan yang lebih mendasar adalah kedudukan perlembagaan itu sendiri. Perlembagaan ini, pada hakikatnya tidak didasarkan kepada aqidah Islam dan merupakan ciptaan manusia sedangkan hak untuk membuat hukum itu hanya terletak di tangan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Oleh itu, isu yang menjadi dasar permasalahan yang sepatutnya diperhatikan adalah mengembalikan hukum Allah dalam aspek perundangan dan kenegaraan secara menyeluruh, bukannya berpuas hati dengan penyelesaian secara separuh-separuh.

Selain itu, natijah daripada diterapkannya sistem pendidikan sekular telah menimbulkan berbagai pemikiran yang rosak di dalam umat. Akibat dari acuan kekufuran yang telah ditanam di dalam pemikiran umat oleh sistem ini, mereka memandang nasionalisme, patriotisme dan demokrasi kapitalisme sebagai pemikiran yang benar dan mendarah daging di dalam tubuh mereka sehingga tidak kelihatan lagi pemikiran lain di dalamnya, apatah lagi pemikiran Islam. Malah ada yang menganggap bahawa kembali kepada Islam itu hanya memberi makna kembali ke zaman silam yang mundur. Tidak kurang juga yang melihat Islam sebagai pemikiran yang tidak lengkap dan uzur sehingga ia perlu diselaraskan, atau diubah, sekiranya perlu, agar selaras dengan perkembangan geo-politik dan sosio-ekonomi dunia. Inilah realiti pemikiran kaum Muslimin hari ini akibat dari penerapan ideologi kufur di tengah-tengah umat.

Kewajiban mendirikan Khilafah

Pada saat ini umat Islam adalah bagaikan anak ayam yang kehilangan ibunya; kehinaan menimpa mereka di mana-mana. Mereka berusaha mencari kemuliaan dengan berbagai-bagai cara namun masih belum lagi menemuinya. Hakikatnya, inilah permasalahan ’hidup dan mati’ yang dihadapi oleh umat hari ini. Satu-satunya penyelesaian yang tuntas adalah dengan menegakkan semula Khilafah. Benar, menegakkan Khilafah bukanlah semudah mengatakannnya. Untuk meraih kejayaan ini, umat haruslah bersungguh-sungguh berusaha untuk mencapainya melalui pengkajian, pembinaan dan perjuangan yang tidak kenal lelah. Usaha keras untuk mengembalikan Islam sebagai ideologi yang mendominasi dunia ini bukan sahaja merupakan satu-satunya jalan yang harus ditempuh oleh kaum Muslimin, malah, ia merupakan kewajiban setiap muslim untuk melakukannya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman;


“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan pemimpin daripada kamu...”
[TMQ an-Nisa’ 4:59]

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam juga bersabda yang bermaksud;

”Siapa saja yang mati tanpa tanpa ada baiat (kepada imam/khalifah) di pundaknya, maka matinya adalah mati jahiliah” [HR Muslim].

Kedua-dua nas di atas menyatakan kewajiban setiap individu muslim untuk melantik (bai’at) pemimpin (Khalifah) yang akan menjaga urusan mereka. Namun kewajiban bai’at tersebut tidak akan terlaksana jika tidak ada orang yang hendak dibai’at. Oleh itu usaha untuk melantik atau mendirikan Khilafah itu sendiri menjadi pokok persoalan utama bagi memastikan tertegaknya Islam.
.
Realiti musibah demi musibah yang menimpa umat pada hari ini juga menunjukkan bahawa tidak ada cara lain yang lebih utama untuk mengembalikan kemuliaan umat yang terbaik ini selain dengan mendirikan semula Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah.

Sesungguhnya janji Allah dan Rasul dalam perkara ini adalah jelas sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis di bawah;

”Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda: Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan ’Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam.”
[HR Ahmad dan Baihaqi dari Nuâman bin Basyir dari Hudzaifah]

Jalan untuk mendirikan semula Khilafah

Khilafah adalah bentuk sistem pemerintahan Islam seperti yang diamal dan dijalankan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Mendirikan Khilafah bukanlah usaha yang berbentuk individu, namun, ia merupakan usaha yang berbentuk jamaah. Bagi memastikan bahawa jamaah ini bergerak di atas jalan yang benar, ia haruslah memiliki fikrah (pemikiran) dan tariqah (jalan/kaedah) yang jelas dan benar. Dan kebenaran hanya dapat diperoleh dari nas yang kuat. Dengan kejelasan dan kebenaran fikrah dan tariqah ini, jamaah tersebut akan dapat bergerak memimpin umat menegakkan semula Khilafah. Pada masa yang sama, setiap individu muslim haruslah berusaha bersungguh-sungguh, bersama dengan jamaah ini ke arah mengembalikan kehidupan Islam. Ini sesuai dengan kaedah syara’ yang berbunyi;

”Tidak sempurna sesuatu kewajiban melainkan dengannya maka ia menjadi wajib”

Menerapkan Islam secara menyeluruh merupakan suatu kewajiban. Ini tidak akan dapat dijalankan sepenuhnya tanpa kekuasaan dan Khilafah Islam merupakan satu-satunya bentuk kekuasaan yang sah di sisi syara’. Kini Khilafah tidak wujud. Mewujudkan Khilafah menjadi suatu kewajiban dan tanpa jamaah, kewajiban ini tidak akan dapat dijalankan. Dan selagi jamaah ini masih belum berjaya menegakkan Khilafah, maka di atas setiap pundak kaum Muslimin ada kewajiban untuk bersama-sama jamaah ini menegakkan Islam.

Jamaah ini haruslah berjuang dan beraktiviti sebagai sebuah parti politik, kerana aktiviti mendirikan negara, menguruskan negara dan menjaga urusan umat Islam adalah merupakan aktiviti politik. Syariat Islam tidak pula menetapkan bilangan jamaah yang harus ada bagi menjalankan aktiviti ini. Yang ditetapkan Islam adalah kewajiban mewujudkan jamaah untuk menyeru kepada Islam dan melakukan aktiviti amar ma’ruf dan nahi mungkar. Allah berfirman di dalam surah Al Imran ayat 104.


“Dan hendaklah ada daripada kamu satu umat (jamaah); mereka menyeru kepada kebaikan mengajak kepada yang ma’ruf dan mencegah perkara munkar dan mereka adalah orang-orang yang berjaya”

Wahai kaum muslimin,

Semenjak kejatuhan Daulah Khilafah pada 3hb Mac 1924, umat terus ditimpa musibah yang tidak putus-putus. Umat, meskipun berada dalam keadaan yang tertekan, terus berpecah-belah dan saling bertelagah. Namun keadaannya berbeza dengan kaum kuffar. Mereka bersatu mempertahankan Denmark ketika negara tersebut diancam dengan pemulauan. Kata-kata Presiden EU baru-baru ini mempertahankan pendirian Denmark untuk tidak meminta maaf kepada kaum Muslimin menghidupkan semula memori Perang Salib. Apakah peristiwa penghinaan ke atas Rasul, kezaliman Yahudi dan pencerobohan mereka ke atas Qiblah-al-awwal, penghinaan ke atas Al-Quran, penyiksaan ke atas tahanan Islam di Teluk Guantanamo dan Penjara Abu Ghareeb serta banyak lagi penyeksaan ke atas kaum Muslimin masih belum cukup bagi kita untuk menyadari bahawa tiada penyelesaian lain bagi kaum Muslimin kecuali dengan menegakkan Negara Islam Khilafah? Semoga Allah menanamkan kesedaran ini kepada kaum Muslimin dan mempercepatkan berdirinya Daulah Khilafah. Marilah kita sama-sama berdoa agar 3hb Mac tahun ini merupakan hari peringatan terakhir bagi kaum Muslimin sebelum kemenangan gilang-gemilang dikurniakan Allah kepada umat yang mulia ini!. Amin.

*penulis..faezudin fuad


SURAT DARI SYAITAN UNTUKMU

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.
kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu
Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan ‘Bismillah’ sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu
Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya
Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu..
Hai Bodoh, Kamu millikku.
Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,
dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .
Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.
Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.
Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya
Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.
Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku, dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.
Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH
Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani
Kita nonton film ‘porno’ bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, mempersenda dan mempermain kan perasaan orang, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua ,
Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.
TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.
Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.
Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.
Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu.
Aku ingin mengucapkan ‘TERIMAKASIH’ kerana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.
Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu..
Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.
Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.
Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.
Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.
Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.
Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.
Begitulah anak-anak .
Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.
Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.
Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.
Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.
Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.
Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.
Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

Catatan :
Jika kau benar2 menyayangiku (iblis), kau tak akan memberi surat ini dengan siapapun


KUNTUM KHAIRU UMMAH

Posted by penegak Syiar!!

susah untuk menerima apabila kita terpaksa menerima sesuatu secara terpaksa...tapi apa kan daya kita untuk menolaknya..
"mana tahu yang dibenci itulah yang terbaik untuk kita"
insyaAllah taklifan yang diterima ini adalah satu bebanan yang menjadikan diri yang memilikinya lebih bermotivasi dan menjadi qudwah bagi setiap insan yang mengenali..
"kuntum khairu ummah yang dilahirkan untuk menyuruh kepada kemakrufan dan mencegah yang mungkar, dan beriman kepada Allah.."
itulah tugas seorang yang bernama khalifah yang diutuskan oleh Allah di muka bumi ini..
amanah itu berat namun jika dipegang dengan prosudernya akan menjadi ringan seringan angin..
syurga Allah itu Maha Luas...semoga kita adalah diantara penghuninya..


NATIJAH HARI SEMALAM

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

Saat mentari terbit, aku sudah berada di stesen bas yang akan membawa aku ke Ibu Kota. Aku akan menaiki bas Transnasional yang bernombor T818. Aku menunggu dengan penuh kesabaran. Itu adalah pengalaman pertama aku pergi merantau ke ibu kota. Apalagi bersendirian. Pelbagai perasaan yang bermain di hati.

Bas yang akan aku naiki akan bertolak pada pukul sembilan pagi. Aku menunggu dengan penuh kesabaran. Tepat pukul 9.30 pagi datang sebuah bas Transnasional dua tingkat yang akan menuju ke Kuala Lumpur. Namun aku membiarkan sahaja bas itu berlalu pergi, tanpa ada sedikit pun perasaan yang mengatakan bahawa itu adalah bas yang akan aku naiki.

Mataku mengekori sahaja bas itu berlalu pergi sehingga hilang dari pandangan. Hatiku terpalit sedikit perasaan resah. Aku kembali duduk dan menyambung semula bersembang dengan sahabat seperjuangan. Keceriaan di wajahnya membuatkan keresahan ku pulih. Aku kembali tenang.

Beberapa minit kemudian sebuah bas Budaya berhenti betul-betul di hadapan ku. Bas budaya itu juga akan menuju ke Kuala Lumpur. Namun itu bukanlah bas yang ku tunggu-tunggu.

Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 10.45 pagi. Maknanya aku sudah menunggu selama satu jam setengah. Hati ku mula resah kembali. Aku seakan-akan sudah boleh menjangka aku sudah tercicir bas.

Selang beberapa saat kemudian aku mendail nombor kakak ku yang sedang menanti kedatanganku di sana. Aku menjelaskan perkara yang berlaku. Air mata ku hampir mengalir. Aku panik. Kakak ku kemudiannya menelefon syarikat bas. Ternyata jangkaan ku tepat. Aku adalah penumpang yang tercicir dari bas Trans yang mula-mula sampai di stesyen tempat aku menuggu. Sedih dan bungkam.

Tanpa menunggu lama aku menelefon ibuku untuk mengadu tentang hal ini. Ibu menyuruh aku bersabar. Hampir sahaja air mataku mengalir, bila ibu mengeluarkan kata-kata semangat untuk aku. Lama aku tidak melihat muka ibu. Saat itu aku merasa betapa tidak adilnya aku kepada keluarga. Selama hayatku, jarang sekali aku menghabiskan masa yang lama bersama mereka.

Aku berjalan longlai pulang ke asrama. Hati menjerit minta mata mengeluarkan airnya. Namun semua itu ku tahan. Ini pasti ujian Allah untukku. Aku bermuhasabah sebentar berfikir apakah punca terjadi nya perkara ini.

Aku seperti di beritahu akan puncanya bila terngiang-ngiang ayat yang pernah ku baca, yang aku pun tak tahu bila dan di mana.



“syurga di bawah tapak kaki ibu.”
“berbohong bukan satu cara yang boleh menyelesaikan masalah.”

Aku kembali berfikir kaitan ayat tersebut dengan perbuatan ku. Akhirnya Allah tunjukkan juga padaku. Inilah akibat bila berbohong kepada orang tua. Disebabkan ingin sangat ke Ibu Kota, aku telah menipu ibu dan ibu saudara ku sendiri. Aku katakan pada mereka aku akan bertolak bersama seorang sahabat sedangkan aku akan pergi bersendirian tanpa ada yang menemani.

Aku merasakan diri ini amat lemah dan kerdil. Alhamdulillah ibu sudah tahu akan perkara ini. Adakah keampunan ku akan diterima oleh Allah? Aku bersyukur pada Allah kerana memberikan natijah padaku secepat itu.
Namun aku masih memerlukan sesuatu yang boleh mengembalikan semangat ku untuk aku terus berdiri dan berhadapan dengan hari esok.


ENGKAU MAHA PENCIPTA

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

Ya Allah, hati ku menjadi sebak bilamana aku terbaca salah satu hasil tulisan tangan hambaMu yang aku pun tidak mengenalinya..Sungguh aku amat mengagumi tulisannya..ya Allah amat indah ciptaanMu..walau dengan hanya sebuah tulisan boleh menjadikan insan-insan di sekeliling nya turut merasa apa yang sedang dirasainya..kesedihan ku tidak dapat ku tahan lagi ya Allah..rupanya aku masih lagi mempunyai jiwa yang kosong selama kehidupanku..penulisan nya menjadikan aku kembali berfikir tentang fikrah hidupku.. fikrah yang sering aku patuhi, yang sering aku merasa tenang bersamanya..namun baru aku menyedari, aku tidak pernah mendapat kemanisan dalam fikrahku ini..ya Allah apa gunanya kehidupan ku selama ini??aku patuh pada segala perintahMu..namun adakah kau menerima segala amalan ku ya Allah..adakah aku akan bersama saff insan-insan yang sedang menuju syurgaMu..ya Allah, terasa aku tidak layak untuk mengadu nasibku padaMu ya Allah..sungguh kerdil ku rasa..Dapat ku rasakan air mata ku mengalir laju..ku biarkan ia mengalir sehingga aku terlena dengan linangannya..

Pagi itu aku terjaga sedikit awal dari hari sebelumnya..lantas aku bersiap-siap, mentaharahkan diriku sebagai persediaan untuk mentaharahkan hati dan jiwa ku..kepalaku sedikit berdenyut namun ku gagahi jua..aku harus teruskan juga untuk menjalani kehidupanku demi mendapat redhaMu ya Allah..saat aku bangun bertahajjud, ku rasa kepala ku semakin kuat berdenyut..dan aku yakin ini adalah kafarah dari dosaku selama ini..ketika bangun untuk mendirikan rakaat yang kedua solat taubat, ku rasa beberapa tetes air sedang mengalir keluar dari mataku..ya Allah, apa erti tangisan ini??adakah aku sedang berada bersama saff insan-insan yang kau janjikan syurga??saat doa ku baca, air mataku semakin laju mengalir..ya Allah, ampuni segala dosa-dosaku..jadikan lah aku dari hambaMu yang terus bermujahadah di jalanMu..ya Allah aku amat memerlukanMu..jangan kau tinggalkan aku walau sesaat ya Allah..aku amat mengharapkan kasih dariMu..

Pagi itu aku memulakan hari seperti biasa, aku masih merasa kesedihan yang ku alami semalam..pada siapa harus aku meluahkan segalanya??kalau bukan hanya kepadaMu ya Allah..semoga aku akan terus berdiri tegak diatas landasan agama yang sebenar..

Semoga kehadiranku ke dunia ini akan menjadikan islam terus tertegak dan terus unggul...


BI'AH SOLEHAH KE TEMPAT KITA??

Posted by penegak Syiar!!

Sembahyang Jemaah
"Aku tak pernah miss sembahyang jemaah"
Itu mungkin hanya seminoriti...dan semajoriti yang lain???
Azan Subuh je.. mulalah tarik selimut.. emmm sedap.. dan yang bangun sembahyang tu pula tak terlintas ke dalam hati nak kejut kawan-kawan???
''takpe kubur lain-lain..''
masuk plak Azan Zuhur..
''engkau pergi dulu lah.. aku ada kerja sikit lagi ni nak kena siap''
kerja...kerja...sampai pukul 3 petang.. sikit ke tu????
lain pulak kisah bila je masuk waktu Asar..
pukul 5.30 petang..
''jom main bola.. ''
sembahyang jemaah tak rasa nak hadir.. main bola jemaah laju je mcam kilat..
maghrib plak..
''awak puasa??''
''tak, nak ikut serta korang makan je...''
sembahyang dalam bilik.. jemaah??
Isya'.. cerita kedai kopi bermulaaaaa....

Pakaian sempurna sebagai seorang islam ( x tabarruj )
"Aku dah pakai mengikut syariat benarkan, baju aku pun takdelah
lawa sangat..biase je.."
memang la..tapi wangian yang dipakai tu menusuk hidung..sampai berbatu- batu bleh bau..tak mandi pagi kot..

Bila ada arahan tak bleh pakai sandle atau selipar ke kuliah sebab takut orang dengar bunyi...tak..tuk...tak..tuk...tyme jalan..
Pencarian kasut pulak bermula..sebagai seorang yang pentingkan ''kecantikan'' pemilihan kasut hendaklah berunsurkan ;
1.corak sana ... corak sini ...
2.saiz ketinggian tumit kasut ..
3.orang pandang kasut dia je lah yang paling menawan ..
4.dan dia sendiri berasa dirinya adalah seorang yang menawan ngan kasut tu ..
Harga tak kisah dah.. kalau boleh nak dibeli satu set ngan baju skali.. ade plak tu dah bleh dah nak masuk 'Malaysia Book Of Record' ngan catatan 'pameran kasut terbanyak'... membazir tau tak??

masalah yang paling berat buat anak-anak muda... dan semakin menular.. wawancara khas dengan seorang dari budak IPT :
''pendapat tentang 'couple'??''
''saya rasa benda ni memang salah. Apalagi sekarang semakin ramai remaja- remaja terpengaruh ngan gejala ni sampai kan hukum Allah pun dia buat tak tahu.. ayah ibu hantar belaja tapi buat plak benda tak senonoh.. kempen kesedaran pun tak nak endah.. tu lah masyarakat sekarang..''
terima kasih kerana sudi bekerja sama.. alangkah baiknya jika setiap remaja ada sikap sebegini..
tapi dua hari selepas tu...
keluar pula dalam berita tentang si budak IPT tu ditangkap berkhalwat ngan pasangannya...tak ke hampeh!!!!

''WAHAI ANAK CUCU ADAM! SESUNGGUHNYA TELAH KAMI MENYEDIAKAN PAKAIAN YANG MENUTUPI AURATMU DAN UNTUK PERHIASAN BUATMU. TETAPI PAKAIAN TAQW, ITULAH YANG LEBIH BAIK. DEMIKIANLAH SEBAHAGIAN TANDA-TANDA KEKUASAAN ALLAH, MUDAH-MUDAHAN MEREKA INGAT.''


berjaya menghasilkan blog...

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

Alhamdulillah..bersyukur ke hadhrat Ilahi..yang masih memberi kesempatan kepada ana untuk memiliki blog sendiri dengan tujuan utama menegakkan syiar islam!!
insyaAllah...semoga setiap apa yang tertulis, tercatat di blog ana ini boleh memberi banyak manfaat kepada pembaca..
juga insyaAllah selagi dizinkan Allah ana akan sentiasa meng 'upgrade' kan hamparan ana ini dari semasa ke semasa..
ana mohon sokongan dan curahan idea daripada pembaca-pembaca sekalian agar hamparan ana ini sentiasa dihujani ilmu-ilmu dari pelbagai pihak..
dengan terbina nya hamparan ini ana dengan berbesar hati amat mengharapkan agar matlamat, objektif dan misi utama pembikinan hmparan ini akan tercapai...

wallaahua'lam...

 
seindah kalam, semanis bicara - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords