JOM !!!

Posted by penegak Syiar!!



JOM RAMAI-RAMAI...AJAK KAWAN-KAWAN SEKALI..


KAU DAN AKU

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

Hari ini sekali lagi aku melihatnya dalam kesedihan. Mengapa? Entah..kadang aku merasakan aku bukanlah siapa-siapa untuknya..
Dahulu dia juga yang meminta untuk aku berjanji supaya tidak ada satu pun yang akan menjadi rahsia antara kami. Tapi hari ini aku melihat dia seperti sedang merahsiakan sesuatu dariku..bukan sekali, bukan jua dua kali malah sudah berkali-kali.
Walaupun dia cuba untuk berkeadaan biasa namun di sebalik anak matanya aku seperti boleh merasakan bahawa dia sedang berada dalam kegusaran. Sudah berbuih mulutku bertanya..jawapannya tetap sama,,senyum...
“Azam..? kau sihat tak ni?..” aku memulakan bicara selepas beberapa ketika kami senyap. Hari itu aku sengaja mengajaknya ke bilikku. Walaupun sepatutnya petang itu, kami perlu untuk menghadiri satu meeting untuk menyambut pelajar-pelajar kemasukan baru.
“kenapa? Nampak aku macam tak sihat ke? Takdelah aku ok lagi stakat ni…” katanya berlagak selamba. Memang dari raut wajahnya dia seperti tidak ada apa-apa.
“ye laaa…..depan orang lain blehlah kau nak kelentong…tapi depan aku jangan harap…haha…mata aku ni bleh scan la hatimu yang sedang berduka itu…” aku cuba untuk memaksa.
“takde ape laaa..eh kau jd kd apa untuk program menyambut adik-adik baru ni??waaa tak sabar rasanya hamba…” kata nya dan masih mampu untuk berdalih.
“Azam??? Aku nak bengang dah ni!!!!!” aku buat-buat marah.
“haha….rimau terlepas dari kandang ni..taaakkkkooooootttt!!!!!!!toooollllllooooonnggggg!!!!!ha…ha…ha…”aku plak yang kena…Azam..Azam…memang pandai bab dalih-berdalih…
“kau takde duit ek??” Azam berhenti ketawa sejurus soalan itu ku tujukan.
“apa kau cakap ni Zahin?? Takdelah ada je la duit aku..” berdalih lagi
“dah berapa hari kau tak makan?
“Azam kau ingat aku tak tahu ke? Kau ingat kau boleh sembunyi dengan aku ke? Kenapa tak bagitahu aku kau tekde duit?”
“kalau aku bagi tahu kau, kau boleh tolong aku buat apa?? Kau pun dua kali lima ja ngan aku..takde duit…”
“Zam..memang aku takde duit…memang aku pun kekurangan..tapi kalau kau jadi aku, kau nak ke tengok kawan baik kau kelaparan? Kau nak ke biar kau makan sorang tapi dia terperuk kat dalam bilik tak makan..kelaparan??? Zam..ya memang aku pun takde duit…tapi bila kau cakap kat aku mungkin itu boleh ringankan beban kau..kita boleh fikir banyak cara untuk selesaikan masalah ni…kenapa nak ambil tindakan yang macam ni? Aku pun macam kau la akan happy bila dapat membantu orang lain apa lagi sahabat seperjuangannya sendiri..aku tahu kau faham kan….”
“Zahin…aku..aku..tak nak ada orang susah pasal aku…benda kecik je pun..nanti ayah aku hantar la duit kat aku..”
“bila???”aku memotong.
“nanti laaa….tunggu ayah aku ada duit..” kelihatan matanya berair.
“kalau kau pun tak tahu bila, macamana ngan perut kau tu??kau tak kesian ke??kalau Allah tarik nikmat perut kau tu camana??dah la Azam..lupakan la yang kau ni tak suka menyusahkan orang..sebenarnya tak pun..kau tahu tak..sebenarnya, orang-orang sekeliling kita ni ssemua nya suka membantu…kau tengok ni…” aku mengeluarkan sekeping sampul surat dari kocek seluarku..
“apa ni Zahin?”
“ni semua hasil kutipan yang berjaya aku kutip selama tiga hari ni..aku harap bolehla kurangkan sikit masalah kau Azam..” Azam terkesima seketika..takut juga bila tengok dia macam tu…macam nak kena serang asma pun ada..
“Zahin…kau biar betul ni??500 ni bukan sikit..macamana aku nak bayar balik….lagipun aku tak layak nak trima semua ni..nanti aku buat benda yng bukan-bukan dengan duit ni…”
“alaaaa Zam….aku kenal kau laaa……kau ni kan penjimat. Tak kan punyalah kau buat benda tak elok..lepas tu ada aku suh kau bayar semua ni??ni hasil kutipan la…manaade men bayar-bayar semula…..”Aku yakin kali ini Azam dah tak bleh nak lawan cakap aku..
Azam diam..
“terima kasih Zahin..aku minta maaf fikir yang bukan-bukan kat kau..aku janji lepas ni aku tak sembunyi dah apa-apa ngan kau..minta maaf Zahin…” Azam berkata di sebalik tangisan yang tak berlagu..


JOM BERFIKIR SEJENAK..

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

Syafiq adalah seorang pimpinan di kolejnya. Sebagai seorang pimpinan, biasalah dia sentiasa sibuk dengan urusannya. Apalagi, tampuk pimpinan yang baru akan naik dalam masa yang terdekat. Jadi ini sudah menjadi tugasnya untuk mencari dan meneliti calon-calon yang sesuai untuk menggantikan tampuk pimpinannya. Sudah pasti dia akan memilih yang terbaik untuk menggantikan tempatnya.

Sehinggalah satu hari, terdetik di hati Syafiq untuk membuka emelnya. Seperti biasa Syafiq menerima banyak mesej. Syafiq membuka satu persatu mesej tersebut;

Dan salah satu daripada mesej tersebut berbunyi..
“salam, Syafiq.. ana tahu, anta tengah mencari pengganti anta untuk terus memerintah kolej ini. Ana harap orang yang anta pilih itu nanti, adalah orang yang sangat-sangat sesuai. Kalau tak boleh pilih yang lebih baik dari anta pun, biarlah dia serupa macam anta. Anta faham kan maksud ana.. Syafiq, ana bukan dari golongan yang macam anta. Tapi, Syafiq di minda ana ni masih terbuku satu persoalan. Ana harap anta boleh memberikan jawapan yang ana inginkan. Syafiq, mengapa golongan-golongan ana sering dipandang serong? Memang kami nakal, tapi tidak semestinya kami jahat. Lagi satu..adakah kami ini tidak layak untuk menjadi pimpinan semacam anta?
Ana harap anta tidak tersinggung dengan kata-kata ana tu. Tapi ana mohon anta tolong balas emel ini. Jazakallahu khairan kathiran…”

“ehmm…” satu keluhan terbit dari mulut Syafiq.

“mengapa dengan anta Syafiq? Tak baik mengeluh macam tu.. banyak sangat ke kerja anta? Ana free lagi setakat ni..ada apa-apa yang boleh ana bantu?”Hisyam sahabat seperjuangan Syafiq tiba-tiba muncul dari dalam bilik solat. Selesai 2 rakaat Dhuha dia tunaikan. Begitulah kehidupan seorang yang bernama pemimpin seharian..seakan-akan sudah menjadi kewajipan untuk mereka. Rugi apabila ditinggalkan walaupun ianya hanya ibadah sunat.

“emmm….tak ada apa-apalah Syam..ana buka emel ana ni, ada seorang hamba Allah hantar mesej pada ana. Tekejut ana.”

“ooo…dia kata apa? Ngorat anta ke?” Hisyam cuba bergurau, untuk menghilangkan perasaan muram sahabatnya. “meh, ana nak baca..”

Selesai membaca, Hisyam tersenyum…

“fiq…soalan ini hanya ingin menguji anta..adakah anta berfikiran jauh atau tidak. Fiq, cuba anta bayangkan yang anta dah ada seorang anak. Di tangan anta pula, ada dua biji epal yang anta nak bagi pada anak anta. Tapi salah satu daripada epal tersebut sudah rosak di sebahagian sahaja..dan di sebahagian yang lain masih elok. Dan epal yang satu lagi masih elok di semua bahagian. Epal mana yang anta nak beri pada anak anta?”
Syafiq pun menjawab dengan confidentnya..

“sudah tentu yang masih elok..anak ana mesti tak nak yang dah buruk walaupun rasanya sama. Biasalah budak-budak..dan tak kan ana nak bagi yang dah buruk..apa punya ayah la ana..”
Hisyam pun menyambung setelah mendapat jawapan daripada Syafiq..

“emm…begitu jugalah dengan pemimpin..tak kan kita nak pilih orang yang dah rosak akhlaknya untuk menjadi contoh pada adik-adik..dan kita bekas pimpinan ni tak kan nak bagi adik-adik kita ikut pada yang tak baik..apa punya pemimpin la kita…ada faham encik Syafiq?? Adakah anda masih confuse untuk menjawab soalan hamba Allah itu?”

“syukran Syam..ana dah semakin faham.”

“jadi, kita kena lebih banyak memohon keampunan padaNya..dan minta supaya Allah bukakan pintu hati mereka-mereka yang jauh hatinya dari Allah agar mereka berada di jalan yang benar sebelum mereka kembali kepadaNya yang Kekal Abadi…ameennn ya Rabb..”doa Hisyam yang tulus kelihatan dari kelopak matanya..

“ameen…” Syafiq menyambung..


Wallahua’lam..


imtihan . . . .

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

Final exam dah around its corner… persediaan rapi perlu di lakukan.. rapi itu bagaimana? Rapi itu haruslah dari semua segi..dan yang utama,, rapi dari segi rohani dan fizikal…

Cuma masih ada 7 hari sebelum harinya.. apa yang perlu dilakukan ialah ::.

Satu :- dapatkan muqarar(sukatan yang masuk exam) daripada semua kawan-kawan atau mana-mana lecturer…. pastu buat nota dan hafal….

Dua :- cuba berbincang ngan rakan-rakan jika tak faham… carilah 2 atau 3 orang rakan.. pastu buat study group..

Tiga :- banyakkan taqarrub illa Allah… baca quran.. zikir.. solat jemaah 5 waktu.. qiamullail.. puasa sunat.. salah satu rahsia kejayaan nabi ketika berperang adalah berpuasa…

Empat :- sentiasa melakukan kebaikan..

Lima :- jaga pemakanan… makanlah bila lapar dan berhentilah sebelum kenyang.. dan jangan makan makanan ringan banyak sangat.. ambillah makanan yang berkhasiat..

Enam :- elakkan perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan dari Allah… lakukan perkara-perkara yang Allah suka…

Tujuh :- jaga waktu tidur.. tidur awal dan bangun pun kenalah awal… nak qiam kan..

Lapan :- sematkan dalam diri sendiri bahawa exam ini adalah tuntutan Allah… mencari ilmu itu adalah wajib… tiket untuk masuk syurga…

Sembilan :- doa banyak-banyak… doa senjata mukmin..

Sepuluh :- senyum lah walau pahit untuk diluahkan…v(^______________^)/


SEMOGA BERJAYA DENGAN JAYANYA...


-anSarullah-

Posted by penegak Syiar!!

HANCUR, HANCUR, HANCUR KUFFAR!!!!
HIDUP, HIDUP, HIDUP ISLAM!!!!


Wahai sekalian sahabatku..
Sedarkah kita bahawa ISLAM kini di puncak kejatuhan??
Sedarkah kita bahawa ISLAM kini di puncak perpecahan??
Tidakkah timbul di hati kita ingin menaikkan kembali keagungan ISLAM??
Seperti di zaman Salahuddin Al-Ayubi?? Zaman sultan muhammd al-Fateh?? zaman Umar Al-Khattab??
Siapa yang akan menaikkan Agama ALLAH ini??
Yang dahulunya pernah menakluk hampir keseluruhan dunia,
sesiapa yang beriman dengannya akan dijanjikan syurga yang tidak boleh dibayangkan keindahannya,
yang amat diidamkan oleh semua makhluk yang diciptakan.

Sahabatku,
Dapatkah kita membebaskan serangan pemikiran yang menyerang saudara seislam kita sekarang??
Dapatkah kita bayangkan apa yang akan terjadi kepada generasi akan dating??
Merekalah yang akan mengganti kita untuk menegakkan ISLAM??
Adakah ISLAM satu hari nanti akan tertegak??
Apakah mereka akan kuat untuk menghadapi semua ini??

INGAT sahabatku,
Islam suatu masa dahulu adalah agama yang kuat, sehingga boleh menakluk 2 per 3 dari dunia.
Islam adalah agama yang disegani.
Islam adalah agama yang makmur.
Islam adalah impian.

Tapi kini,
Islam hanya tinggal nama,
Islam agama yang berpecah belah,
Islam menjadi bahan ketawa orang ramai,
Islam tidak lagi bebas bergerak,
Islam ditindas,
Sejarah Islam disembunyikan,
Al-Quran di selewengkan,
Nabi di permainkan,
Kepimpinan entah kemana,
Rakyat dihujani dengan janji-janji kosong sang pemimpin,
Janji material semata,
Pemimpin berwibawa dikatakan ketinggalan zaman,
Tampuk-tampuk pemerintahan dikuasai oleh pemimpin yang berfikiran sempit,
Serangan pemikiran berleluasa,
Kita tahu, kita `alim,
Tapi kita tahu apa??
`Alim apa??

Wahai sahabat,
Ayuh kita berfikir kembali
firman ALLAH ada menyebut yang mana mafhumnya:
“kemudian azab yang lebih buruk adalah bagi kesudahan bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan. Kerana mereka mendustakan ayat-ayat ALLAH dan selalu memperolokkannya.”

Wahai sahabat ku sekalian,
Ingin ku menyeru dengan ayat ALLAH yang mana mafhumnya:
“perangilah orang-orang yang tidak beriman..”
ketahuilah ALLAH sentiasa bersama dengan insan-insan yang sentiasa menolong agama-Nya.

ISLAM tidak mencari kemenangan,
ISLAM inginkan kebenaran!!
Biar tidak menang sekalipun,
Namun janji ALLAH itu pasti!!

“sesungguhnya ALLAH mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti satu bangunan yang kukuh.”


CHERITERA

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

Sebelum Raya….

Waaaa….!! Tak sabar rasanya nak balik kampung..maklumla tahun ni balik kampung jumpa dengan mak tercinta, abah tersayang dan tak lupa juga dengan adik-beradk yang sentiasa dirindui…mesti raya meriah…

Raya Pertama….

Alamak….!! Rumah tak siap kemas lagi nii….RELAX..RELAX.. pasti boleh..

Raya Kedua….

Jom…!!!cepat..cepat…kita dah lambat nak ke open house ni…

Raya Ketiga dan Seterusnya…..

Aku terus lalai dengan HARI RAYA yang semetinya dianggap satu kemenangan untuk umat islam setelah sebulan menahan diri dari lapar dan dahaga..

Teman-teman seperjuangan yang sentiasa ingin melihat sahabatnya melalui jalan yang lurus agar mudah untuk bertemu Sang Pencipta sentiasa menitipkan pesan agar Hari Kemenangan kita ini disambut dengan besederhana…

Terima kasih teman…

Dan ku mohon kemaafan dari mu..kerana aku adalah seorang insan yang lemah…aku kalah pada nafsuku sendiri…aku buat-buat lupa akan pesanan yang pernah kau titipkn sebelum kita berpisah untuk kembali ke kampung halaman masing-masing satu ketika dahulu…

Ku pinta darimu teman…jangan kau berputus asa untuk menitipkan lagi pesanan-pesanan bermakna untukku…..pesanan-pesananmu akan ku jadikan sebagai satu panduan hidupku..

Semoga kita dipertemukan lagi olehNya di alam yang kekal yang pernah kau ceritakan padaku dulu..


PEGANGLAH BARA API BILA TERINGATKAN ZINA

Posted by penegak Syiar!!


Baca dan hayati wahai hamba-hamba MAKSIAT...!!!!

Ada seorang soleh yang sangat patuh kepda perintah agamanya dan sentiasa menjaga diri daripada segala rupa maksiat dan keburukan sehingga pada suatu malam terlintas di dalam hatinya hendak berzina dengan seorang wanita jelita kerna terpesona dengan kejelitaanya.

Kebetulan pada ketika itu, disampingnya ada sebuah pelita yang baru sahaja dinyalakan untuk menerangi rumah orang soleh itu. Maka dia pun terus menajamkan pandangannya kepada api yang sedang menyala-nyala pada sumbu pelita itu. Kemudian dia berkata pada dirinya sendiri : "Engkau mengajak aku melakukan perbuatan terkutuk dengan wanita itu? Baiklah! Aku akan letakkan jariku ini di atas sumbu pelita yang menyala itu, kiranya ia tahan panasnya, nescaya akan ku turut kemahuanmu."

Maka orang soleh itu pun meletakkan jarinya di ats sumbu tadi, dan dia cuba menahan diri daripada api kepanasannya, sehingga hampir-hampir nyawanya tercabut kerana tidak tahan dengan kepanasan api sumbu itu.

Lalu segaralah dia berteriak : "Wahai jiwa, tahniahlah engkau! rupanya engkau tidak tahan. Ini baru daripada api kepanasan dunia, engkau sudah tidak tahan, padahal api dunia itu telah disejukkan oleh ALlah dengan air sebanyak 70 kali ganda agar manusia boleh bertentangan dengannya.

Kalau hanya menghadap api neraka, yang panasnya 70 kali ganda lebih dahsyat daripada api dunia, engkau sufdah tidk tahan, apatah lagi untk menghadap api neraka."

Lalu orang soleh it pun berpaling dariada niatnya yang mula-mula tadi. Sejak hari itu hatinya tidak pernah lagi diganggu oleh lintasan buruk itu.


HARI TERBUKA KAMPUS KIAS 10'

Posted by penegak Syiar!! | Posted in




JOM HITEK 10'!!!!!
HITEK ATAU NAMANYA YANG SEBENAR.....
HARI TERBUKA KAMPUS KIAS(KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA, KELANTAN)
YANG AKAN DIADAKAN PADA 30 JULAI 2010 - 3 OGOS 2010.
BERTEMPAT DI KIAS, KELANTAN..
TERBUKA UNTUK SEMUA..
BOLEH BERJUAL BELI..
BANYAK AKTIVI YANG MENARIK!!!!
YANG MENARIK UNTUK ADIK-ADIK!!! IBU-IBU!!! DAN AYAH-AYAH!!!
BANYAK PENGISIAN-PENGISIAN YANG BERGUNA!!!
TAK RUGI KALAU MARI!!
JOM GEGAR HITEK 10'...!!




hari keramat!!!!!

Posted by penegak Syiar!! | Posted in


gambar yang diambil melalui telefon bimbit rakan fasi..

06 Jun 2010.....adalah satu tarikh keramat yang amat-amat bermakna untuk insan kerdil seperti ana. Ana dipilih untuk menggantikan sahabat ana yang mempunyai mushaqoh (masalah) untuk menjadi salah seorang fasilitator kem La MeGa iaitu nama penuhnya Lambaian Menara Gading yang bermula dari 04 Jun 2010 dan berakhir pada 06 Jun 2010. Pada 06 Jun, tepat pukul 11 pagi adalah satu tempoh masa yang tak akan ana lupakan, dan ana yakin begitu juga dengan sahabat-sahabat ana yang lain......

''mengalu-alukan kehadiran, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.''

Subhanallah.....di depan mata ana ketika itu seorang tua yang sangat uzur dengan kedutan di muka yang jelas kelihatan. Namun di sebalik kedutan itulah, membuatkan ramai jiwa yang mengagumi dan cuba untuk mengikut jejak langkah beliau. Begitu juga ana...dan sahabat-sahabat yang lain. Seketika takungan air yang sudah lama bertakung di kelopak mata ini tumpah. Ya Allah...bagaikan tidak percaya, diri ini bagai terbang di awangan. Hati ini tidak sudah-sudah mengucap tasbih, berzikir kepada Allah S.W.T, bersyukur dipertemukan dengan insan sangat-sangat istimewa.

Tok Guru sempat mengajar satu zikir yang beliau sering amalkan dalam kehidupan.
''subhanallahiwabihamdih, subhanallahil'azim, astaghfirullah.....''
Amalan mulia ini, patut kita amalkan dalam kehidupan.

Alhamdulillah...sepanjang majlis penutupan itu, ana mendapat banyak manfaat yang berfaedah dan ana akan sematkan dalam hati juga insyallah akan ana amalkan dalam kehidupan. Setiap taujihat yang disampaikan oleh Tok Guru amat-amat berharga dan amat-amat bermakna.

''saya sakit....semalam baru sahaja pulang dari menyampaikan ceramah dalam pukul 2 pagi. Dan saya kena bangun pula pukul 4 pagi. Sebenarnya hari ini, saya dah set sebagai hari cuti saya tapi demi generasi-generasi di hadapan saya ini, saya gagahkan diri saya untuk mari....''

Dalam ucapan beliau juga, beliau menyatakan, beliau kini sedang sakit dan doktor sudah banyak kali menasihati beliau agar banyak berehat. Sungguh mulia hati beliau kerana sudi datang walaupun dalam keadaan tenat semata-mata untuk menyampaikan ilmu buat generasi baru yang beliau harapkan untuk mengembalikan kembali martabat islam baik di Kelantan mahupun negara.

Ana mengagumi pendirian Tok Guru. Beliau yang tidak pernah serik untuk memperjuangkan agama walaupun dicaci, walau di fitnah, dan sering diperlakukan dengan pelbagai-bagai penyeksaan yang tidak selayaknya diperlakukan kepada seorang menteri yang martabatnya sama seperti ulama'.

Rasa cemburu apabila sahabat-sahabat ikhwah bersalaman dengan Tok Guru. Tapi hati ini juga bersyukur kerana sempat bergambar bersama-sama dengan beliau. Walaupun ana hanya insan kerdil..ana tetap bersyukur...

Hari itulah yang ana akan sematkan dalam diari hati ini untuk selama-lamanya.............


HANCUR MEREKA!!!

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

semalam....satu mesej bertandang ke dalam telefon bimbit ku...nombor yang sangat tidak asing untukku...ku buka tanpa perasaan...tapi aku tiba-tiba terkejut apabila kandungan mesej itu berbunyi...

"innalillahiwainnailaihiroji'un. baru sahaja team mercy yang membawa
doktor-doktor dari seluruh dunia menuju Palestin di bom ISRAEL LAKNATULLAH,
19 orang mati syahid, 12 orang doktor team mercy belum di ketemukan. mohon doanya dari semua mu'min dan mu'minah. Tolong sebarkan...ALLAHUAKBAR!!"

sepantas kilat aku memfoward mesej itu kepada kawan-kawan yang ku yakini. Astaghfirullah...tentera LAKNATULLAH itu masih lagi tidak berputus asa. masih lagi dengan kegilaan mereka ingin menghancurkan tentera ALLAH...sungguh mereka adalah binatang neraka.
mereka patut menerima kutukan dari seluruh umat manusia yang ada di muka bumi ini. SUBHANALLAH...mereka adalah iblis!!!

YA ALLAH, SEBAGAIMANA ENGKAU PERNAH MENGHANTAR BURUNG-BURUNG ABABIL MENGHANCURKAN TENTERA BERGAJAH MUSYRIKIN, MAKA KAMI MEMOHON KEPADAMU YA ALLAH..TURUNKANLAH BANTUAN MU KALI INI KEPADA ORANG-ORANG MUSLIM DI PALESTIN, HANCURKANLAH REJIM ZIONIS YAHUDI SEDAHSYAT-DAHSYATYA...AMIIN YA RABBAL 'ALAMIN...


Akhirnyaaa...

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

Alhamdulillah...akhirnya ana berjaya juga...

Berjaya buat apa??
ana berjaya deactivated facebook setelah sekian lama mencuba...
alhamdulillah1000000x.....

oooo....Alhamdulillah...emm dan selepas tu?
heee.....dan yang paling best!!!ana dah sign in MILLATFACEBOOK..
MUSLIMfacebook....ya Allah gembiranya hati ini...

tahniah....ana tumpang gembiraa...
syukran...jom la sign in sekali...kita berukhuwwah di sana pula...
MillatFacebook.com
ini salah satu bukti yang umat ISLAM tidak pernah ketinggalan...
jumpa sana>>>>>MILLATFACEBOOK!!!!


disebalik yang jelek...akan ada yang cantik...

Posted by penegak Syiar!! | Posted in


sedih sangat bila tengok orang-orang sekeliling...aku tanya..kamu islam tak??
dia menjawab dengan bangga...yes, of course!!sambil angin meniup rambutnya yang baru lepas di rebonding dan diwarnakan kuning perang. aku jalan lagi..ramai sangat wanita bertudung..Alhamdulillah...sempat hati ku mengucap syukur..tapi tiba-tiba mataku, jantungku tersentap apabila mereka duduk singgah di KFC..menghilangkan penat...astaghfirullahalazim...apa nak jadi..
kemudian aku jalan lagi..terserempak dengan beberapa orang remaja lelaki pelajar kukira, mungkin dalam lingkungan 16 atau 17 tahun..ketika diri ini berselisih dengan mereka, satu bau bagai menusuk kedalam hidung..Ya Allah..busuk nya..bau asap rokok...
subhanallah....aku terkedu...
singgah sebentar di salah satu gerai makan, setelah aku jamin segalanya halal..maaf ya singgah sahaja sementara menunggu azan..aku keluarkan air mineral HPA dari dalam beg. Bismillahirrahmanirrahim...lalu ku teguk...Alhamdulillah nikmat terasa..
"Allahuakbar...Allahuakbar..."
Alhamdulillah azan akhirnya berkumandang. sengaja aku tunggu sehingga azan yang dikumandangkan selesai. baru mudah untuk menjawab azan.
sedang aku menjawab azan, mataku terpana pada 2 makhluk yang sedang asyik dibuai bahang pecintaan. tanpa menghiraukan azan, mereka terus sahaja berrsandiwara. aku geram..nafsu amarahku membuak-buak..segera aku menuju ke surau, muslimat. mengambil air sembahyang...alhamdulillah ada ketenangan tersalur sedikit demi sedikit ke dalam diriku...
menunaikan solat sunat dua rakaat. menunggu bilal melaungkan iqamat..
"assalamualaikumwarahmatullah....assalamualaikumwarahmatullah.."
selesai imam dengan doa..aku pantas membuka telekungku dan bergerak ke belakang untuk memberi peluang saudara-saudara lain untuk menunaikan solat.
ku keluarkan mushaf biru kesayanganku..kubaca helaian demi helaian...
"sadaqallahulazim..."kututup dan menyimpan semula dalam beg.
pupp...aku terlanggar sesuatu. maaf kak..aku memohon maaf agar tidak akan berlaku pertelingkahan antara kami. risau jugak..
dia berpaling...sekali lagi aku terkejut..mukanya yang cantik, dialasi dengan warna-warna yang pelbagai..keningnya agak nipis..bibirnya nampak merah..
tersenyum padaku..aku membalas..mesra sungguh kakak tu...ku sangka dia akan bersolat..tapi dia hanya duduk di atas surau. ku hampiri beliau..bersalaman..tak boleh solat ke??aku mulakan perbualan..
boleh sangat...cuma kak takut make-up kak tanggal kalau ambil air sembahyang..nanti la kak qada'..kat rumah..senyum lagi..macam tiada apa-apa yang sedang berlaku..
ooo.....sembahyang boleh qada'...hmm astaghfirullah.....tundukkan hati..
aku pun berlalu setelah meminta izin..orang berbudi kita berbahasa...
sudah puas aku berjalan..sekarang masa untuk pulang ke jannati...
sementara menunggu bas yang akan membawa aku ke destinasi..aku sempat singgah untuk membeli reload kupon..kredit hpku semakin berkurangan.
kak...topup sepuluh, celcom ye...ku hulur wang kertas berwarna merah..
relod kupon bertukar tangan...tak sengaja, cuma terpandang..ku lihat kukunya panjang..saat dia membelakangiku, rambutnya merah nya jelas kelihatan..huh tak guna bertudung...
aku cepat-cepat pergi..agar tangan ku terjaga dari hinggap di tubuh orang.
sabar hati....istighfar....hanya itu yang mampu aku lakukan.
alhamdulillah...tanpa lama menunggu, bas tiba...
bismillahirrahmanirrahim...langkah kaki kanan ku menaiki bas.
mencari tempat, berdekatan loceng dan yang kelihatan selesa..
ahhh....alhamdulillah....dapat juga aku duduk selesa..
dalam hati ini, ingin cepat sampai..pandu laju sikit wahai pemandu bas...
zikrullah menjadi peneman ketika bersendirian..
tiba-tiba.."assalamualaikum...mohon duduk.."
mata ku terpana...subhanallah bidadari..."er...waalaikumussalam..silakanlah..."
perbualan antara kami bermula...sehingga tak sedar, aku sampai ke destinasi yang kutuju..

Ya Allah...betapa engkau telah menunjukkan padaku tidak semua insan jelek..masih ada dalam kalangan hambaMu yang masih mencari redhaMu ya Allah...jagalah mereka..tunjukkanlah mereka jalan yang benar..dan jangan kau pesongkan hati-hati mereka...amiin...

AKU, bukan ingin membangga diri, bukan ingin menempa nama..tapi hanya ingin berkongsi..agar menjadi manfaat buat semua..
wallahua'lam


KAWAN,,KAU?!!

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

KAWAAAAANNNN!!!!!!!!!!!
KAU BERTUDUNG....
KAU PERNAH BELAJAR AGAMA....
KITA SEKELAS KAWAN....
DULU AKU NAKAL,, KAU TOLONG NASIHAT KAN AKU....
AKU BANGGA ADA KAWAN SEPERTI ENGKAU....
KAU SANGAT BAIK...
AKU HORMATI KAU KAWAN...

TAPI....
AKU SEDIH...
KAU DULU BENCI KALAU AKU PAKAI JEANS...

KINI?????
KAU PAKAI BINATANG TU KAWAN...
KAU SARUNGKANNYA DI KAKI MU..
NAMPAK SANGAT BENTUK KAKI MU KAWAN...
BAJU MU PUN SAMA.....
KAU PAKAI LAGI BAJU KECIK TU...
SAKIT MATA!!! KAWAN...

DULU..
KAU JALAN TAK TENGOK ORANG...
AKU BANGGA BILA BERJALAN DI SEBELAH MU...
SANGAT BANGGA...
AKU BELAJAR UNTUK JADI SEPERTIMU KAWAN...
KAU TIDAK MEMANDANG DAN TIDAK DIPANDANG...

TAPI....
ITU DULU...
TENGOK SEKARANG...
SIAPA DI SEBELAH MU KAWAN????
TEMAN LELAKI KAU!!!!!!
KAU TAK MALU...
BERGANDING TANGAN DENGANNYA!!!
KAU BERTUDUNG KAWAN!!!!!!
KAU TAK MALU!!!!!
MALAH KAU BANGGA...
SEBAB KAU DENGANNYA SAMA CANTIK SAMA PADAN!!!
MEMANG PUN!!!
TAPI BAGI AKU TIDAK!!!!

KAWAN KAU TAHU INI...
TAPI, MANA SENSITIVITI MU KAWAN????

KAU SEDANG BERMAIN DENGN HUKUM ALLAH!!!
ALLAH TUHAN KITA...
DIA BOLEH LAKUKAN APA SAJA KAWAN!!!
MUNGKIN BUKAN SEKARANG...
TAPI KAU TUNGGU!!!!
KAU TUNGGU BALASANNYA.....

AKU BENCI KAU!!!
TAPI AKU SAYANG DENGAN KAU....
KENAPA KAU BERUBAH???
KENAPA KAU LEMAH????
KAWAN, KEMBALILAH...
AKU RAYU...
AKU TAK NAK KAU DIBAKAR OLEH API NERAKA!!
CUKUP AKU YANG TERBAKAR DISANA..
TAPI JANGAN KAU KAWAN!!!

KAWAN SEBELUM TERLAMBAT!!!
INI SERUANKU...
TOLONG.....AKU RAYU.....TOLONG KAWAN...
TOLONG DIRIMU....
KEMBALILAH PADA ALLAH!!
SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHANI....


Allah Yang Maha Pemurah

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

“Aisyah...ni ummi nak cakap sikit...”
Ummi..insan tersayang yang sentiasa menjaga aku, maklumlah kehidupan yang jauh dari keluarga.
“em...ada apa ummi..”satu senyuman malas ku berikan pada ummi.
“ada orang minta Aisyah lagi..macam mane?? ada jawapan tak?”
Aku bungkam..aku sekarang sudah berada di tahun akhir pengajian. Ini bermakna aku akan kembali ke tanah air tidak lama lagi..Alhamdulillah...Ya Allah aku amat rindu pada keluarga. Setelah hampir lima tahun aku berada di Bumi Anbiya'. Hanya telefon mudah alih dan internet sahaja yang menjadi penghubung antara aku dan keluarga. Hati ini benar-benar merindui mereka.....
“Aisyah..???”
Suara halus ummi mematikan lamunanku..
“em..ummi..err Aisyah dah ada pilihan hati Aisyah sendiri..maaf ummi..”
“takpe la..siapa pilihan hati Aisyah tu??tak pernah pun nak cakap kat ummi..”
ujar ummi seolah-olah merajuk.
Aku tersenyum melihat ummi yang tersangat ingin tahu. Ya, selama ini aku tak pernah cakap pada sesiapa tentang pilihan hati aku. Kerana pilihan hatiku itu ialah matlamatku..mencapai matlamat, menggapai cita-cita..itulah pilihan hatiku.

****

“akak....tengoklah baju Maira ni...sesuai tak??”
Humaira, adik kesayanganku..yang amat-amat aku sayangi..amanah Allah buatku.
“cantik...tapi kalau pakai tudung labuh lagi cantik.”
aku memberi cadangan..
“emm...ok tapi akak tolong buat yang special untuk Maira k..”
“ok....demi adik akak yang tersayang”
sambil mencium pipinya. Humaira, 25 tahun umurnya 2 tahun lebih muda dariku. Tengah berdebar menanti hari bahagianya yang dijodohkan melalui baitul muslim di universitinya. Alhamdulillah.. nikmat perkenalan tanpa maksiat sebelum ijab qabul.

****

Petang itu, aku pulang kerumah agak lewat. Ada sedikit kerja yang perlu aku siapkan. Aku kini berkhidmat sebagai kaunselor bebas dan pendakwah bebas yang kini sudah mempunyai pejabat dan kereta sendiri. Alhamdulillah.. Segalanya demi islam.. Semoga kelahiranku akan memberi manfaat buat Islam.. Berkat doa keluarga dan usaha yang berterusan.
“Allah bersama dengan orang-orang yang sabar”monolog hatiku....ayat yang menjadi perangsang buatku.
Pintu bilikku diketuk. Kelihatan susuk tubuh insan yang menjadi pengubat dikala hatiku resah.
Mushaf biru yang pernah ummi hadiahkan padaku pada awal pertemuan, ku tutup dan ku letak diatas meja solekku.
“Aisyah...”redup mata ibu merenung jauh ke dalam mataku..aku jadi serba salah. Resah bila ditenung sebegitu.
“....ibu tengok Aisyah sibuk sangat..sampai diri sendiri pun tak terurus.”ibu memulakan bicara. Aku hanya diam membisu.
“....Aisyah, ibu nak juga tengok Aisyah gembira, terjaga,..” ibu menyambung tanpa diminta. Aku seakan mengerti tentang topik perbualan ibu tika itu.
“maksud ibu??”aku bertanya walaupun aku mengerti maksud ibu.
“Aisyah, ibu teringin nak tengok Aisyah berumah tangga..ibu nak timang cucu..sebelum ibu tutup mata..umur ibu pun dah semakin meningkat.”
ibu meneruskan kata tanpa berselindung. Seperti ada rajuk di hati ibu. MasyaAllah...betapa aku telah menyakiti hati orang tuaku dalam diam Ya Allah...Ya Allah beri aku kekuatan untuk berkata...
“ibu...siapa yang tak nak berumah tangga bu, ....”
tanpa sempat aku menghabiskan kata ibu cepat-cepat menyampuk...
“..Aisyah nak ke?ibu boleh tolong carikan..”terukir satu senyuman dari bibir ibuku. Indah bak bidadari...
Ya Allah....berikan aku kekuatan....
aku cuba senyum walau berat. Ibu terus keluar tanpa sepatah kata.. aku kelu..air mataku tumpah..
aku rebahkan diri atas katil empukku...
beristighfar...mengalunkan surah ar-Rahman...setitik demi setitik air mataku tumpah...entah kenapa...bila disebut soal kahwin aku ingin segara melarikan diri..aku takut...takut untuk menghadapinya...kenapa????entah aku juga bingung sendiri...

****

Humaira menghampiri aku sambil mengucup pipiku...
aku mengesat air mata...jatuh bagaikan manik jernih.
“Akak....knape tak happy ni???..cakap la kat Maira..Akak tak nak ke??Maira bleh cakap kat ibu..”
Humaira..adik yang sangat mengambil berat tentang diriku.
“Maira...akak tak sedia..akak takut..”ujarku tanpa berselindung...aku rebahkan kepalaku di bahu Humaira..Humaira terus membacakan surah an-nisa padaku...aku kembali terkedu apabila pembacaan Humaira sampai pada ayat yang ke 34...''Laki-laki(suami) itu pelindung bagi perempuan(isteri).....''aku bangun..
“insyaAllah Maira...akak dah bersedia menghadapi segala kemungkinan...syukran ya ukhti habibati..”
“akak...jangan risau, Maira dengar bakal suami akak ni orangnya zuhud, seorang pendakwah bebas macam akak..”sekali lagi kata-kata Humaira memberi kekuatan buatku. Mudah-mudahan kami sefikrah..tu yang mampu aku ungkapkan..

Harinya tiba juga...subhanallah...aku jadi semakin berdebar...segera wudhuk diambil..solat dhuha ku dirikan. Majlis pertunangan sekaligus pernikahan. Ya Allah....aku Hamba Mu yang kuat!!!!
tok...tok..tok...aku tersentak..pintu dibuka..Humaira setia di sisiku..Dadaku kuat bergelora....tanganku sejuk...subhanallah...astahgfirullah....istinghfar wahai hamba Allah....tenang...sabar....
“assalamualaikum...”satu suara yang amat-amat aku kenali dan kurindui..
“ummi...”spontan mulutku bersuara..debar dihati semakin reda...tapi pula timbul persoalan lain..
apa ummi buat di rumah aku..
sambil tersenyum ummi menyarung cincin di jari manisku...
dan aku sudah menjadi tunang orang..ummi mencium dahiku..
ku peluk ummi....
kemudian hadir seorang lelaki di dalam bilikku...diikuti ibu dan ayah ku..Itukah bakal suamiku??Ya Allah beri ku kekuatan..Humaira masih setia di samping ku..Ummi kembali bersuara...
“assalamualaikum Aisyah...terima kasih kerana menerima anak ummi..izinkan ummi..”
purdahku disingkap ummi...aku sepertinya semakin memahami apa yang terjadi...


Segala tanda tanya akhirnya terjawab. Rupanya ummi adalah ibu mertuaku...Insan yang telah menjaga aku selama ini..yang menjadi peneman dikala aku merindukan keluarga...Ya Allah syukur padamu....walaupun aku tidak pernah mengenali siapa suamiku..aku tidak pernah tahu akan kewujudannya..ummi tidak pernah bercerita tentangnya...mungkin itu cara ummi menjaga..aku sanjungi beliau..


****

“sayang....”
“eh abang..bila abang masuk??”
suamiku menarik tanganku lalu dikucup..Ya Allah timbul satu perasaan bahagia dalam hatiku...
“sayang bahagia tak dengan abang??”dia bertanya....
Ya Allah aku bahagia tersangat kerana engkau menghadiahkan aku orang sepertinya...
“abang adalah hadiah yang paling bermakna dari Allah....terima kasih ya Allah...”ujarku sambil tersenyum...
“jom”ujar suamiku...''anak-anak sedang menunggu...”kami sama-sama bergerak menuju ke kereta..Al-Hidayah..itulah nama pusat pengajian qiraat dan tarannum yang kami sama-sama dirikan untuk kanak-kanak...insyaAllah akan menghasilkan hafiz dan hafizah muda...

terima kasih Ya Allah..Engkau mengurniakannya untuk aku...semoga kami terus menjadi manfaat buat insan-insan lain...


BENCII!!!!!SANGAT-SANGAT

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

“Benci!!! aku benci Israel!!!! sangat-sangat!!!! sepenuh hati aku....”
bencilah pada, yang menzalimi saudara sedarah daging kamu...doa buat mereka, agar dilaknat Allah...

Tapi cukupkah setakat membenci???
Lihat apa yang ada di tanganmu..sebotol COKE sejuk...sebagai penghilang dahaga..setelah jauh berjalan sambil berceloteh sebentar tadi..
Eh lihat juga apa yang sahabat mu lakukan..”sllrrrrppp” sambil menyantap juadah di hadapan..juadah tengah hari itu MAGGI, penghilang lapar untuk sementara waktu.

Cukupkah sekadar membenci???
sarapan pagi sebelum ke kuliah...MILO panas...habis segelas...emmmm sedap...mai lagi secawan...
sedang mengulang kaji pelajaran..exam dah dekat dah ni...tak leh dah nak buang masa shopping BOSS kat TESCO...huuuh....em hentam NESCAFFE sedap jugak ni...tak tido malam ni, nak khatam satu bab je lagi....

Benci tapi.....
“weyh...perpisahan ni kita wat reuion nak???”reunion kat...KFC....sedap menjamu selera...”aku nak tisu sekeping...peluh ni, hot sangat..” selamba SCOTT keluar dari kocek seluar..”tangan aku bau ayam...” losen JOHNSON JOHNSON menjadi penyelamat...
“emm sedapnya ko makan apa tu??”.....”sedap..KIT KAT..ada lagi satu..nah”


Ooooo....patutlah Yahudi tak tewas-tewas...ada askar sendiri rupanya...askar dalaman...askar yang sentiasa menyumbang dana dan sentiasa menyokong tanpa henti...

FIKIR-FIKIRKAN!!!!


Damai Yang Hilang..

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

Arghh.....air mata tumpah lagi....buat kesekian kalinya..penat untuk terus melayan air mata ini...
akhirnya aku pasrah...tumpahlah sebanyak manapun..
dan....aku terbuai di dalam mimpi.....
terkejut....Alhamdulillah Allah masih mengejutkan aku untuk kembali beriman padanya...tepat pukul 4 pagi..sayang aku tak boleh sembahyang tika itu. Sangat sesuai untuk mengerjakan tahajud padaNya.. Aku keluar bilik untuk mengambil angin pagi. Tercalit perasaan takut di hati. Terus aku meluru masuk semula ke dalam bilik. Baru perasan semalaman aku tidur bersendirian. Ya Allah.. pintu tidak berkunci. Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah, menyelamatkan aku sepanjang malam..
Tiba-tiba mindaku kembali memikirkan tentang diriku...
aku keseorangan...
seorang tanpa berteman...
teman kemana???
sentiasa keluar bilik..
menetap di bilik operasi...mungkin ada kerja di sana...
sesekali sahaja menjenguk aku dalam bilik..
aku lemah...
lemah sangat-sangat...
hidupku hambar...
perasaan ku pada manusia juga hambar...
lelaki????perempuan???
ahhh sama sahaja...
fikiranku melayang lagi....
kampung.....kampung....
keluarga....
hidupku jauh dari keluarga..
entah bila akan ada kesempatan untuk menjenguk mereka...
semoga doa ku sampai pada mereka...

tak tahan....
macamana nak sambung pengajian dengan keadaan begini...
balik kampung jumpa mak...jumpa ayah....

tak tahan...
tension...
boleh gila kot...
tidak Allah ada bersama-sama aku....
mushaf biru sebagai peneman...
baca...baca...hafaz....
masalah hilang...konfem...
percaya padaNya...
“la yukallifullahu nafsan illa wus'aha...”
kalamNya sebagai penguat diri...

Hati bermonolog sendiri...setiap masa..tanpa henti..sungguh aku tak tahan...jiwa gersang...hati haus..inginkan tazkiyatunnafs...sirami nya dengan tarbiah..
dan air mataku tumpah lagi...kali ini deras seperti air terjun...subhanallah...ada air terjun di dalam diri manusia.....

Ya Allah...hanya padaMu aku merintih..semoga aku tidak terpesong dari rahmatMu Ya Allah..


SEPAKAT MEMBAWA BERKAT ...

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

Bimillahirrahmanirrahim..
Jom tengok makhluk yang sentiasa sepakat dalam hidup mereka....



Tengok tu....kesepakatan yang amat jelas dan boleh dilihat dengan mata kepala kita sendiri..





emmm...tidak ada keraguan lagi...
sehingga Allah telah menurunkan pada kita surah An-Naml yang bermaksud SEMUT...tidak lain tidak bukan hanya untuk memberi kesedaran pada kita..
"kitab Al-Quran tidak ada keraguan lagi padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.."{Al-Baqarah : 002}


Tapi sayang kita manusia tidak pernah ada sifat sepakat seperti semut. Sedangkan kita manusia adalah makhluk yang Allah ciptakan paling sempurna dari makhluk-makhlukNya yang lain.

renungkan dan amati....


SERUAN BUAT SEMUA...

Posted by penegak Syiar!!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...


Hazrat Abu Hurairah RA telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Seorang yang bersolah secara berjemaah akan digandakan sebanyak dua puluh lima kali pahala lebih daripada orang yang bersolah bersendirian di rumah atau di kedai. Ini adalah kerana apabila seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata untuk bersolah maka setiap langkah yang dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat dan digugurkan satu dosa. Setelah bersolah, jika dia terus duduk di dalam masjid (dengan keadaan berwuduk) maka para malaikat akan memohon rahmat dan keampunan untuknya. Selama mana dia terus duduk menunggu untuk menunaikan solah yang seterusnya maka dia akan terus menerus mendapat pahala solah selama masa dia menunggu solah tersebut.”

(Hadith riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)

-Rasulullah S.A.W telah bersabda yang mana solat berjemaah(beramai-ramai) itu lebih banyak pahalanya daripada sembahyang secara bersendirian(berseorangan).
-Sebagai seorang hamba yang mengimani Allah dan RasulNya sahutlah seruan ini sebagi tanda kasih dan sayang pada ALLAH dan RASUL...




Dari Abu Hurairah radhiallanhu dia berkata :
“Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : Merupakan tanda baiknya Islam seseorang, dia meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya .”
(Hadits Hasan riwayat Turmuzi dan lainnya)
-Tinggalkanlah sesuatu yang dirasa sangat tidak berguna untuk menambah amalan kita..
mengumpat, buang masa dengan benda yang tidak bemanfat, meninggalkan zikrullah...





Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : Sesungguhnya setiap  perbuatan tergantung niatnya.  Dan  sesungguhnya  setiap  orang  (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.

-Ikhlas dan membebaskan niat semata-mata karena Allah ta’ala dituntut pada semua amal shalih dan ibadah.
-Seorang mu’min akan diberi ganjaran pahala berdasarkan kadar niatnya.


RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERIBADAH...


BANTU MEREKA!!!!

Posted by penegak Syiar!!

AYUH TOLONG DOAKAN RELAWAN-RELAWAN KITA YANG KINI SEDANG BERADA DI PERAIRAN GAZA.
MOHON SOLAT HAJAT DAN DOA QUNUT NAZILAH DI SETIAP SOLAT FARDHU...
SEMOGA ALLAH MEMBANTU MEREKA..

DOA QUNUT NAZILAH ...



YA ALLAH, SESUNGGUHNYA KAMI LETAKKAN ENGKAU DI BATANG LEHER
MUSUH-MUSUH KAMI!
DAN KAMI BERLINDUNG DENGANMU DARI KEJAHATAN MEREKA
YA ALLAH, HANCUR LEBURKANLAH KUMPULAN-KUMPULAN MEREKA, KACAU BILAUKAN PERSATUAN MEREKA!
CERAI BERAIKAN PAKATAN MEREKA!GONCANGKAN PENDIRIAN MEREKA!
HANTARKAN YA ALLAH ANJING-ANJING KEATAS MEREKA!
WAHAI TUHAN YANG GAGAH PERKASA!
WAHAI TUHAN YANG PENUH RAKSASA!
WAHAI TUHAN YANG BERSIFAT MURKA!
YA ALLAH WAHAI TUHAN YANG MENURUNKAN KITAB!
WAHAI TUHAN YANG MENGGERAKKAN AWAN!
WAHAI TUHAN YANG MENEWASKAN BALA TENTERA AHZAB..
KALAH MEREKA...
MENANGKANLAH KAMI.... KEATAS MEREKA
amiin ya Rabbal 'Alamin..


Sang Empunya Jasad

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

Satu jasad yang amat ditunggu-tunggu oleh semua ahli keluarga..
Ibu, Ayah, Abang, Kakak....
Namun IBU lah yang paling tidak sabar menanti...
Dengan penuh debaran..
Dengan seribu satu perasaan yang bermain-main di minda..

Tepat pukul 5:30:48 am..
Jasad yang ditunggu-tuunggu akhirnya memperdengarkan tangisannya...
Sujud syukur sang ayah..
Tangisan sang ibu terlihat melalui air matanya yang mengalir..
Kelihatan amat lega..
Setelah hampir 25 minit bertarung nyawa demi melahirkan anak tersayang..
Kakak dan Abang melonjak kegembiraan..
Mengucap syukur pada Yang Maha Kuasa...
Sang Ayah pantas mendapatkan anaknya untuk diazankan di kedua-dua belah telinga..
Agar Si Syaitan LAKNATULLAH tidak mendahului Sang Malaikat...

Kini Sang empunya jasad sudah meningkat dewasa..
Sudah pelbagai liku-liku kehidupan yang dilalui..
Sehinggalah kini sang empunya jasad itu berada di salah sebuah kolej islam yang terletak di negeri kelahiran..
Sudah punya ramai kawan..
Kawan membina...Kawan seiring..Kawan makan kawan..Kawan bermacam Kawan..

“Nak, jangan pernah kita meninggalkan sembahyang yang lima itu...kerana itu lah yang pertama akan di hisab oleh Allah...Ayah tak nak anak-anak ayah menjadi seorang hamba yang kehidupannya diakhiri dengan penyesalan..”
Sedikit nasihat dari sang ayah...
Sang empunya jasad menginsafi kata-kata itu..

Namun kini, kata-kata itu bagaikan bunga lalang yang terbang di tiup angin..dan hilang entah ke mana...
Bila di arah untuk mengerjakan 5 yang wajib itu...Sang empunya jasad menjawab dengan seribu satu alasan..
Pandai....
Dia sedang bermain dengan hukum Allah...
Allah itu Maha Kuasa...








** Sang empunya diri dalam puisi ringkas itu adalah KITA wahai sahabat...renung-renungkan dan slamat bermuhasabah!!!!!


kau teristimewa....

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

kau yang bernama wanita itu sungguh istimewa...
cantik rupa paras mu...
sesuai dengan gelaran yang diberikan pada mu.....
''gadis melayu''
dan kecantikan mu amat terserlah apabila sepasang baju kurung atau sepasang jubah dikenakan di atas tubuhmu..
ditambah pula dengan jilbab labuh yang menutupi sebahagian tubuh lampai mu...
amat sejuk mata ini memandang...

namun aku kecewa...
engkau telah mencemarkan imej mu yang sepatutnya di contohi ramai..
engkau mengenakan pakaian yang sepatutnya kepunyaan adik mu yang masih berumur 5 atau 6 tahun..
engkau senang dengan pakaian itu katamu...
walaupun ada kalanya aku yang melihat ini pun terasa terseksa, seolah-olah aku yang memakainya...
tidak dengan memakai pakaian itu kau berasa senang, kau tambah pula dengan ejekan demi ejekan kau lemparkan pada saudara-saudara mu yang memakai pakaian yang sempurna bagi seorang muslimah...
itu tidaklah lucu bagiku, walaupun engkau seronok bila kau merasa berjaya dengan taktik ejekan mu itu...

cukup wahai sahabat...
jangan lagi kau seksa mata-mata yang memandang..
tidak ingin sebenarnya mata-mata itu terus memandang mu...
tapi keadaan memaksa mata-mata liar itu terus memandang kalian...
timbul seribu satu perasaan....
tafsiran bagaimana???
entah...pelbagai..

wahai sahabat...
ini aku..
sedarah sedaging dengan mu...
kita sama..
engkau wanita..aku juga...
ini kewajipan ku untuk memberi teguran buat sahabat-sahabat...
takut nanti apabila ditanya..
lidah ku kelu tidak ada jawapan...
takut ku pada seksa Yang Maha Kuasa lebih hebat daripada takut pada cacian seorang yang bernama manusia...
kita sama...
HAMBA YANG MENDAMBA KASH ILLAHI...


AYUH KITA HIDUP UNTUK MENCARI MARDHATILLAH....


renungan hari ini

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

Bismillahirrahmanirrahim......
Assalamualaikum W.B.T kepada pelawat blog saya...

Alhamdulillah..setelah sekian lama tidak meng'update' blog saya, akhirnya saya dengan izin Allah Yang Maha Esa, telah diberikan ilham untk menulis sesuatu di blog yang tidak seberapa ini..Namun amat menginginkan manfaat kepada setiap orang yang membacanya...insyAllah....

Hari ini, tanggal 23 April 2010, bersamaan 10 Rabiul Awwal 1431, saya keluar ke Kota Bharu untuk membeli barang-barang keperluan..biasalah sebagai seorang pelajar asrama, apalagi duduk berjauhan dengan keluarga, membeli barang keperluan pun sendirilah. Kebetulan wang pinjaman PTPTN sudah di 'bank in' kan oleh pejabat bahagian kewangan yang sentiasa kaya dengan kehadiran insan-insan yang membawa wang kepada mereka.

Menyewa sebuah kereta adalah rutin harian bagi sesiapa yang ingin keluar menjenguk tempat yang ingin dituju. Tidak ketinggalan kami yang juga menyewa sebuah kereta untuk menjenguk tempat yang akan kami tuju. KB Mall..

Namun bukan kisah ini yang ingin saya ceritakan.

Hari itu saya sudah dua kali melalui sebuar tanah perkuburan orang islam yang terletak di sekitar Nilam Puri ini. Selepas memberi salam dan menydekahkan ummul Quran al-Fatihah..agar roh-roh arwah yang berada di dalam kubur itu sentiasa di rahmati Allah, terus sahaja fikiran saya beralih kepada 2 kes kematian yang mengejut baru-baru ini. Achik Spin dan Din Beramboi. Al-Fatihah untuk mereka..

Fikiran saya menerawang. Artis muda yang baru berusia 28 tahun itu mati dalam satu kes kemalangan jalan raya. Sungguh menyayat hati. Takziah saya ucapkan. Begitu juga dengan artis komedi Din Beramboi yang mana nyawanya diambil Allah saat beliau menghidap penyakit denggi berdarah.

Namun saat itu juga saya terfikir jika saya berada di tempat mereka, sempat kah saya untuk memohon keampunan dari Pencipta sebelum malaikat Maut mencabut nyawa saya. Saat itu juga saya terfikir nasib-nasib insan yang saya sayangi, masih kah ada waktu untuk bertaubat sedangkan ajal kita, entah bila. Ia akan datang secara tiba-tiba tanpa kita meminta.

“di mana sahaja kamu berada kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh, dan jika mereka mendapat kebaikan, mereka mengatakan``ini adalah dari sisi Allah,''dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana, mereka mengatakan``ini datangnya dari sisi kamu (Muhammad). Katakanlah semua datang dari sisi Allah. Maka mengapa orang-orang (Munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan seikitpun.''[An-Nisaa : 4:78]

Oleh kerana itulah Allah Yang Maha Esa mematikan sebahagian kita yang lain agar kita sentiasa berada dalam keadaan bersedia. Allah mematikan sebahagian kita yang lain adalah untuk menjadi peringatan kita yang masih hidup ini agar kita sentiasa dalam keadaan beringat dan tidak sekali-kali hanyut dalam dunia kita sendiri..

Ingatlah bahawa kehidupan ini hanya sementara. Kehidupan kekal sentiasa menunggu ketibaan kita. Samada kesudahan yang baik atau sebaliknya. Nauzubillah....

Wallahua'lam...


aku

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

Aku ketika itu masih berumur 7 tahun..
baru memasuki alam persekolahan..
aku sering dihantar ke rumah ayah saudaraku..
untuk dalam masa yang sebentar namun kerap..

selepas lima tahun bersekolah rendah..
aku memilih untuk bersekolah menengah di sebuah sekolah di ibu kota..
agak jauh dari rumah..
bila cuti, aku hanya akan tinggal di asrama..
selama lima tahun aku berkeadaan begitu..
akibatnya, aku menjadi pasif dihadapan seluruh keluargaku..
terutama pada ayah dan ibu..
aku faham perbuatan aku itu hanya menyakitkan hati kedua orang tua ku..
dalam masa lima tahun aku ibarat meng'orang asingkan' kedua orang tuaku..

apabila bait-bait kasih meresap dalam keluarga ku..
aku pula sekali lagi terpaksa meninggalkan rumah untuk mengikuti satu program kerajaan..
selama tiga bulan aku tidak pulang kerumah..
rindu terasa..
kala itu aku baru merasa nikmat merindukan keluargaku..
baru aku mengerti perasaan insan-insan yang menangis kerana rindu keluarga..
selama ini aku hanya mentertawakan mereka..
ia adalah satu jenaka buatku..
kini aku mengalaminya..

selepas tiga bulan, aku kembali ke rumah..
namun, belum pun sampai tiga bulan penuh aku menghabiskan masa bersama keluarga..
aku terpanggil lagi untuk menyambung pengajianku..
di sebuah Institusi Swasta tempatan..
namun terpaksa lagi berjauhan dengan kedua orang tuaku..
aku akan pergi untuk masa yang panjang..
apabila aku kembali kerumah segala-galanya mungkin akan berubah..
dalam masa dua tahun yang awal ini aku baru berpeluang untuk bersama mereka selama tiga minggu sahaja..
sungguh sedikit masa untukku bersama keluarga ku...

hati meronta namun perjuangan perlu diteruskan..
Doa sahaja yang boleh menjanjikan bahawa mereka dalam keadaan yang baik-baik sahaja...


Katak atau Kakak?!

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

Kisah satu malam....
semacam biasa, lepas Maghrib keluarga makcik aku akan melawat seorang lagi anak sedare mereka. Study lagi, bujang(saja nak promote), tahun last dah die.. anak kecik makcik yang baru umur tiga tahun setengah pun ikut skali. Hajat g sana bukan saja-saja, g tu pun sebab nak hantar t.V(televisyen) untuk die..

Sesampainya kami kat rumah die, kami pun borak-borak bersama. Lagak kami macam tak pernah jumpa untuk satu jangka masa yang sangat lama. Ah biarlah apa orang nak kata..inilah manisnya berukhuwwah..

em..lupa lak, anak dia yang kecik tu namanya Haikal. Haikal ni slalu keluar masuk rumah. Entah apa yang sedang dicari. Biar lah.. mak die tak marah pun buat apa aku nak masuk campur...gerutu hati ku tatkala timbul rasa risau akan si Haikal yang cukup dasyat kenakalannya.

Tiba-tiba Haikal masuk, pastu g kat ayah die yang sedang syok menonton t.V..
“Ayah..ayah..tadi Haikal pijak 'kakak'..”kata Haikal.
Ayah nya menjawab,”Alaa Haikal janganlah pijak akak..nanti akak sakit..” kembang kempis hidungku tatkala mendengar kalimah tersebut..
Maklumlah 'kakak' hanya aku sorang je kat situ.
“taapi yah, kakak tu dah mati, Haikal pijak”
Ada mimik kehairanan di muka ayah nya.
''Em..tak pelah Kal duk ngan ayah..''

Hari dah lewat. Masa balik la.. Haikal menarik tangan ibunya dan ingin menunjukkan 'kakak' yang dimaksudkannya.
''ooooo..... tu bukan 'kakak' la Kal.. hahaha... tu katak.. k.a.t.a.k..''
apalagi terburai ketawa kami malam tu.. masyAllah.. budak ni salah sebut rupanya.. sampai merah muka budak tu menahan malu.. budak kecik pun pandai nak malu-malu..malam tu spanjang jalan kami mentertawakan Haikal. Dan mangsanya adalah aku. Huh sakit badan malam kena pukul dek Haikal..

tu la len kali tanya dulu...


Masjid Kampung Laut

Posted by penegak Syiar!! | Posted in



Masjid Kg Laut merupakan sebuah masjid yang terletak di jajahan Kota Bharu, Kelantan. Ia terletak di Nilam Puri berhadapan dengan Universiti Malaya, kampus cawangan Kelantan, iaitu 20 km dari pusat bandar Kota Bharu. Usia masjid ini dipercayai melebihi 300 tahun dan turut dikaitkan kedatangan Islam di Kepulauan Nusantara abad ke-17 Masihi. Selain diiktiraf sebagai masjid tertua di negara ini, Masjid Kampung Laut turut disenaraikan antara masjid paling "bersejarah" di Asia Tenggara, seangkatan dengan masjid Nat Tanjung dan Wadi Hussin di Thailand, Masjid Demak di Jawa, Indonesia dan Masjid Kono (Champa, Kemboja).

SEJARAH

Menurut cerita lisan tradisi, berabad-abad dahulu, para pendakwah belayar ke sepanjang kepulauan Melayu untuk menyebar agama Islam. Pada tahun 1730-an, sekumpulan pendakwah melalui pantai timur Semenanjung Malaysia dalam perjalanan mereka dari Patani di selatan Thailand ke Jawa di Indonesia. Malangnya perahu mereka bocor dan mengalami kesulitan. Para mubaligh dalam perahu itu bersumpah bahawa kalau mereka dibawa ke pantai dengan selamat, mereka akan membina sebuah masjid dengan serta merta untuk memperingati peristiwa itu. Doa mereka dikabulkan, dan para pendakwah mendarat di Kampung Laut, Tumpat.

BINAAN MASJID

Masjid yang asal bukannya apa yang dilihat pada hari ini. Ia merupakan sebuah struktur asas dengan hanya empat tiang yang menyangga bumbung tiga tingkat yang diperbuat daripada daun rumbia. Keluasanya hanya 400 kaki persegi pada keseluruhannya. Pada akhir abad ke-19, masjid ini menjadi satu pusat agama yang penting, dan masjid itu diperbesar untuk merangkumi bilik sembahyang tambahan, peran, serambi, dan menara. 20 batang tiang dibina untuk menyangga binaan tambahan ini. Binaan tambahan ini menggunakan teknik 'Tebuk-Pasak' yang amat unik. Ia dibina daripada kayu tetapi tidak menggunakan walau sepucuk paku sekalipun. Atap daun rumbianya digantikan dengan atap genting.

Malangnya, asas masjid itu lemah. Dibina di tebing sungai, masjid itu sering dilanda oleh banjir kilat seperti banjir tahun 1926 yang dikenali sebagai "Bah Air Merah" yang melemahkan lagi asasnya. Selepas dilanda sekali lagi oleh banjir yang teruk pada tahun 1966 yang menghanyutkan sebahagian masjid itu, Persatuan Sejarah Malaysia mencadangkan pemindahan masjid itu ke tempat yang lebih selamat. Pada tahun 1968, masjid itu dibuka dan dipasang semula di kawasan Sekolah Pengajian Islam di Nilam Puri.

Pada tahun 1988, masjid ini diperbaik lagi dengan kemudahan-kemudahan moden seperti elektrik, air paip, tandas, dan kawasan duduk. Tiang-tiang dan dinding-dinding masjid juga dihias dengan ukiran kayu. Dengan tambahan-tambahan ini, kawasan binaan menjadi 5,254 kaki persegi (74 kaki x 71 kaki), iaitu 13 kali lebih besar daripada masjid asal.

Masjid Kampung Laut kini masih merupakan pusat agama yang aktif dan telah dianggap sebagai salah satu muzium yang paling penting di Semenanjung Malaysia.

LOKASI
Masjid Kg Laut
Jalan Kuala Krai,
Nilam Puri, Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim


SYAYAATIN

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

Menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyah, iblis berkembang biak menghasilkan lima jenis keturunan, iaitu:

SABAR
Kerjanya menimbulkan keluh kesah ke dalam hati orang yang ditimpa musibah sehhingga orang itu tergamak menyalahkan Tuhan.

DASIM
Kerjanya menimbulkan rasa cemburu yang melampau ke dalam hati suami dan isteri sehingga mereka bercerai-berai.

AL-A'WAR
Kerjanya menghasut manusia supaya berzina. misalnya, mendorong wanita berpakakian seksi dan mendorong pemuda dan gadis berdua-duaan sehingga timbul keinginan antara kedua-duanya melakukan zina.

MISWATH
Kejanya memisikkn cerita bohong dan meniup rasa buruk sangka ke dalam hati manusia. MISWATH juga menghasut manusia supaya menyebarkan fitnah.

ZAKNABUR
ZAKNABUR menyuntik rasa seronok ke dalam hati manusia di pasar dan pusat membeli belah. kesannya ramai orang suka menghabiskan masa yang lama di sana, malah sebahagiannya pergi ke sana tanpa sebarang tujuan


RENUNGAN BERSAMA

Posted by penegak Syiar!!

hari ni dah masuk hari yang ketujuh untuk bulan febuari..tanpa aku sedari lagi sebulan aku akan menghadapi imtihan niha'i atau final exam..waaaarrrggghhh aku semakin berdebar menanti hari 'bahagia' tersebut...aku nak yang terbaik untuk imtihan ni..kalau bleh aku nak dapat 4.00...aku nak tebus imtihan yang dulu...tapi semakin dekat hariku dengan imtihan ni, semakin banyak la plak imtihan nafs yang perlu aku hadapi...waarrgh...lagi susah dari tahriri...

aku nak hadapi, tapi aku rasa lemah..aku tahu aku mesti tajdidkan niat hari-hari.. minta kekuatan dari Allah..tapi bila kekuatan tu dah ada dalam diri aku, aku rasa susah plak nak berdepan ngan suasana..apa aku patut buat??

aku nak diri ini jadi kuat selepas hadapi imtihan..tak kira la imtihan tahriri ke..imtihan nafs ke..

aku nak dapat tempat di sisi Allah..semoga jalan yang aku pilih ni jalan yang akan membawa aku ke syurga Allah yang abadi..


peristiwa penting yang perlu kita ketahui..

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

3 Mac 1924, tahukah anda apakah peristiwa penting yg berlaku pada tarikh keramat ini? Ianya merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung - Khilafah Islamiyyah. Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La’natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Konspirasi ini dapat dilihat dengan jelas daripada ungkapan Menteri Luar Inggeris, Lord Curzon berikutan runtuhnya Daulah Khilafah; “Persoalan utamanya adalah bahawa Turki telah dihancurkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatan spiritual mereka, iaitu Khilafah dan Islam” .

Pada hakikatnya, keruntuhan Daulah Khilafah bukanlah sesuatu yang berlaku secara kebetulan. Pertentangan antara dua peradaban ini (Islam dan Kufur) telahpun berlaku sejak awal Rasulullah diangkat sebagai Rasul lagi. Daulah Khilafah yang dirobohkan ini merupakan kesinambungan Negara Islam yang didirikan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam di Madinah selepas berlakunya peristiwa Hijrah. Khalifah Abu Bakar As Siddiq merupakan orang pertama yang memulakan diari Negara Khilafah diikuti oleh Khalifah ‘Umar Al Khattab, Khalifah Osman bin ‘Affan dan Khalifah Ali bin Abu Talib di mana zaman pemerintahan mereka dikenali juga sebagai era Khilafah Rasyidah. Selepas itu kekhilafah diteruskan oleh Bani Umaiyyah diikuti kekhilafahan Bani Abbasiyah dan terakhir, kekhilafahan Bani Uthmaniyyah yang semuanya berlarutan lebih 1300 tahun. Benarlah sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sepertimana yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Hazim yang berkata:

“Aku telah mengikuti majlis Abu Hurairah selama lima tahun dan pernah aku mendengarnya menyampaikan hadits dari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam yang bersabda:

“Dahulu Bani Israil dipimpin dan dipelihara urusannya oleh para nabi. Setiap kali seseorang nabi wafat, digantikan oleh nabi yang lain. Sesungguhnya tidak akan ada nabi sesudahku. (Tetapi) nanti akan ada banyak khalifah.’ Para sahabat bertanya: ‘Apakah yang engkau perintahkan kepada kami?’ Baginda menjawab: ‘Penuhilah bai’at yang pertama dan yang pertama itu sahaja. Berikanlah kepada mereka hak mereka, kerana Allah nanti akan menuntut pertanggungjawaban dari mereka tentang rakyat yang dibebankan urusannya kepada mereka”

Sepanjang tempoh tersebut Islam telah menjangkau dan meliputi 2/3 dunia (lihat rajah kawasan umat Islam pada abad ke 15) dari Timur ke Barat. Sehingga itu juga banyak kejayaan yang telah dicapai dan rahmat melimpah ke atas umat manusia sepertimana Firman Allah:


”Dan tidak kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi sekelian alam”
[TMQ al-Anbiya’ 21:107]


Malapetaka ketiadaan Khilafah

Kehinaan yang menimpa umat Islam secara bertali arus sehingga ke hari ini adalah merupakan kesan dari tiadanya kekuatan politik di dalam tubuh umat Islam – tiadanya sebuah kepimpinan umum umat Islam (Al-Khilafah) yang menerapkan hukum-hukum Islam di dalam Negara Islam dan menyebarkan Islam ke luar Negara melalui dakwah dan jihad. Malapetaka yang terus menerus menimpa kaum Muslimin merupakan rentetan dari tiadanya perlaksanaan ke atas perintah Allah secara menyeluruh. Dari firman Allah di atas, adalah merupakan suatu kepastian bahawa dengan terlaksananya hukum-hukum syara’ secara menyeluruh, alam ini pasti akan dipenuhi rahmat Allah.

Namun apa yang kita perhatikan hari ini adalah perintah dan larangan Allah hanya tinggal sebagai tulisan-tulisan di dalam kitab sebagai rujukan akademik dan bukannya sesuatu yang diterapkan sebagai penyelesaian bagi masalah umat manusia. Rentetan dari itu, masalah gejala sosial, murtad, seks bebas, Aids, dadah dan sebagainya kini menjadi lumrah dan keluhan di bibir umat. Hakikatnya, penyelesaian bagi semua masalah-masalah ini telahpun dijelaskan oleh Allah dan RasulNya dengan penyelesaian yang hakiki. Apa yang perlu dilakukan adalah menerapkannya secara menyeluruh.


Salah satu malapetaka yang cukup menyedihkan yang menimpa umat Islam akibat dari kelalaian umat dalam menerapkan hukum Allah secara menyeluruh adalah dari segi ekonomi. Lihat sahajalah di negeri-negeri umat Islam, hasil bumi mereka seperti petroleum, emas dan perak yang sepatutnya menjadi milik umat telah dimonopoli oleh kapitalis Barat dan juga menjadi milik peribadi penguasa mereka. Akibatnya, umat Islam hidup dengan penuh kemiskinan dan menagih simpati di bumi sendiri. Di Iraq, sebagai contoh, akibat dari ketamakan Barat, 120,000 orang terbunuh di sepanjang 2003-2005, 5 juta kehilangan nyawa akibat embargo, 5000 kanak-kanak meninggal setiap bulan dan 100,000 meninggal akibat radiasi nuklear [Perang Iraq-AS, COMES: 2003]. Dominasi ideologi kapitalis yang kufur pada hari bukan sahaja membawa pelbagai kesengsaraan kepada umat Islam, malah kepada lebih 60% umat manusia di dunia. Kemiskinan, kehinaan dan kesengsaraan termanifestasi di seluruh dunia. Di dalam dunia yang serba canggih ini, masih terdapat 1.214 billion orang miskin, 78% kanak-kanak kekurangan zat, 11 ribu kanak-kanak mati kelaparan setiap hari dan lebih dari 800 juta orang kelaparan di seluruh dunia di mana 70% di antara mereka adalah wanita dan anak-anak. [Shukor Rahman, World Food Program, New Staits of Malaysia Times, 2001]. Semua ini berlaku dalam keadaan 20% dari penduduk dunia menerima lebih dari 60% dari kekayaannya!!! [100 ways of seeing an unequal world – Bob Sutcliffe]. Di Malaysia sendiri, individu terkaya di negara ini memiliki harta melebihi RM 11 bilion sedangkan pendapatan per kapita rakyatnya hanya sekitar RM 1700; malah masih ramai lagi rakyat termiskin yang tidak dapat menampung perbelanjaan keluarga mereka. Dengan kenaikan harga petrol sebanyak 30 sen baru-baru ini, sudah pasti bebanan rakyat akan bertambah dan bagi yang sudahpun berada di dalam keadaan yang sempit, mereka ini bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga...

Soalan yang pasti akan bermain di minda adalah kemanakah perginya segala kekayaan hasil bumi anugerah Allah yang menjadi milik umat Islam keseluruhannya? Kemanakah perginya kekayaan dari petroleum, gas, hasil balak dan lain-lain sumber asli yang begitu banyak dikurniakan Allah kepada kaum Muslimin?? Dalam dunia kapitalis hari ini, kekayaan yang sewajarnya menjadi milik umat, kini diraut oleh para kapitalis yang tidak pernah kenyang dari ketamakan mereka. Akibatnya merintihlah umat untuk mendapatkan bantuan perubatan, pendidikan dan keperluan asas kehidupannya kerana negara telah melepaskan tanggungjawab utamanya – menjaga urusan umat.
Dalam aspek pendidikan pula, cengkaman ideologi kapitalisme yang berasaskan aqidah sekular secara langsung memainkan peranan besar dalam perkembangan kurikulum di semua negeri umat Islam. Barat mengetahui bahawa dengan mengawal pemikiran umat melalui pengaruh yang mendasar ke atas kurikulum pendidikan, arah tuju umat dapat dialihkan kepada apa yang mereka inginkan. Realiti, dan bukan wahyu dijadikan sebagai sumber pemikiran. Akibatnya, realitilah yang menentukan jalan pemikiran dan bukannya berfungsi sebagai objek pemikiran. Akhirnya, akan lahirlah manusia yang pragmatik dan liberal – manusia yang langsung tidak merasa perlu untuk kembali kepada perintah Allah dalam menentukan mana yang baik dan mana yang buruk. Hari ini, dengan dominasi sistem pendidikan Barat, pengajian ilmu dan tsaqafah Islam menjadi sekadar proses pemindahan ilmu untuk ’dipelajari’ bukan untuk diterapkan dan diamalkan. Akhirnya agama diambil hanya dalam konteks hubungan makhluk dengan Tuhannya sahaja (’ibadah khusus), tidak lebih dari itu. Akibatnya lahirlah masyarakat sekular yang memegang aqidah Islam namun tidak mengambil Islam sebagai penyelesai bagi masalah-masalah kehidupan mereka. Mereka hidup semata-mata ingin meraih dunia tanpa komitmen yang kuat terhadap Islam. Mereka merasa cukup selesa meletakkan Islam hanya sebagai isu peribadi tanpa kesedaran bahawa mereka sebenarnya bertanggungjawab menerapkannya.

Malapetaka yang menimpa kaum Muslimin akibat dari tiadanya Islam dalam kehidupan juga dapat dilihat dalam aspek politik. Satu persatu negeri umat Islam dijajah secara ketenteraan; Iraq, Palestin dan Afghanistan merupakan contoh yang amat jelas. Manakala di negeri kafir umat Islam turut dibunuh dan dihina seperti di Thailand, Filiphina, Rusia serta Perancis. Di negeri-negeri lain, penguasa umat Islam tidak dapat memboloskan diri dari cengkaman negara ’super power’ AS seolah-olah akan berlaku bencana yang amat besar sekiranya telunjuknya tidak dipatuhi. Dalam keadaan ini, kaum kafir begitu bermaharajalela sehinggakan penghinaan ke atas Rasulullah melalui karikaturnya terus dipandang sepi oleh penguasa-penguasa umat Islam. Mereka (penguasa muslim) ini nampaknya sehingga hari ini tidak pernah mengambil pendirian yang tegas dalam menyelesaikan masalah tersebut. Dengan nada penuh kehinaan mereka hanya mampu menyeru kepada penyelesaian melalui dialog dan kompromi dengan kuffar, suatu yang mereka, kaum kafir, sambut dengan tangan terbuka. Dan pada waktu yang sama penguasa-penguasa ini menekan kebangkitan umat yang mahukan penyelesaian yang lebih tegas. Di manakah pendirian kita sebagai umat yang mulia?


Gambaran pemikiran umat Islam hari ini

Terdapat berbagai kelompok yang menyedari kegawatan permasalahan umat Islam kini. Namun usaha mereka masih belum dapat menyelesaikan masalah utama umat Islam malah menimbulkan banyak lagi masalah lain. Ini berlaku akibat dari kekeliruan mereka dalam menangani masalah tersebut. Kelompok yang ikhlas ini terlalu menumpukan tenaga mereka dalam menyelesaikan masalah cabang, namun, terlepas pandang masalah yang lebih mendasar. Contohnya, penyelesaian masalah murtad yang hangat suatu ketika dahulu. Dalam mempertahankan kedudukan mahkamah syariah mereka juga bertekad untuk mengekalkan perkara 121 Perlembagaan Persekutuan yang kononnya melindungi umat Islam padahal permasalahan yang lebih mendasar adalah kedudukan perlembagaan itu sendiri. Perlembagaan ini, pada hakikatnya tidak didasarkan kepada aqidah Islam dan merupakan ciptaan manusia sedangkan hak untuk membuat hukum itu hanya terletak di tangan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Oleh itu, isu yang menjadi dasar permasalahan yang sepatutnya diperhatikan adalah mengembalikan hukum Allah dalam aspek perundangan dan kenegaraan secara menyeluruh, bukannya berpuas hati dengan penyelesaian secara separuh-separuh.

Selain itu, natijah daripada diterapkannya sistem pendidikan sekular telah menimbulkan berbagai pemikiran yang rosak di dalam umat. Akibat dari acuan kekufuran yang telah ditanam di dalam pemikiran umat oleh sistem ini, mereka memandang nasionalisme, patriotisme dan demokrasi kapitalisme sebagai pemikiran yang benar dan mendarah daging di dalam tubuh mereka sehingga tidak kelihatan lagi pemikiran lain di dalamnya, apatah lagi pemikiran Islam. Malah ada yang menganggap bahawa kembali kepada Islam itu hanya memberi makna kembali ke zaman silam yang mundur. Tidak kurang juga yang melihat Islam sebagai pemikiran yang tidak lengkap dan uzur sehingga ia perlu diselaraskan, atau diubah, sekiranya perlu, agar selaras dengan perkembangan geo-politik dan sosio-ekonomi dunia. Inilah realiti pemikiran kaum Muslimin hari ini akibat dari penerapan ideologi kufur di tengah-tengah umat.

Kewajiban mendirikan Khilafah

Pada saat ini umat Islam adalah bagaikan anak ayam yang kehilangan ibunya; kehinaan menimpa mereka di mana-mana. Mereka berusaha mencari kemuliaan dengan berbagai-bagai cara namun masih belum lagi menemuinya. Hakikatnya, inilah permasalahan ’hidup dan mati’ yang dihadapi oleh umat hari ini. Satu-satunya penyelesaian yang tuntas adalah dengan menegakkan semula Khilafah. Benar, menegakkan Khilafah bukanlah semudah mengatakannnya. Untuk meraih kejayaan ini, umat haruslah bersungguh-sungguh berusaha untuk mencapainya melalui pengkajian, pembinaan dan perjuangan yang tidak kenal lelah. Usaha keras untuk mengembalikan Islam sebagai ideologi yang mendominasi dunia ini bukan sahaja merupakan satu-satunya jalan yang harus ditempuh oleh kaum Muslimin, malah, ia merupakan kewajiban setiap muslim untuk melakukannya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman;


“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan pemimpin daripada kamu...”
[TMQ an-Nisa’ 4:59]

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam juga bersabda yang bermaksud;

”Siapa saja yang mati tanpa tanpa ada baiat (kepada imam/khalifah) di pundaknya, maka matinya adalah mati jahiliah” [HR Muslim].

Kedua-dua nas di atas menyatakan kewajiban setiap individu muslim untuk melantik (bai’at) pemimpin (Khalifah) yang akan menjaga urusan mereka. Namun kewajiban bai’at tersebut tidak akan terlaksana jika tidak ada orang yang hendak dibai’at. Oleh itu usaha untuk melantik atau mendirikan Khilafah itu sendiri menjadi pokok persoalan utama bagi memastikan tertegaknya Islam.
.
Realiti musibah demi musibah yang menimpa umat pada hari ini juga menunjukkan bahawa tidak ada cara lain yang lebih utama untuk mengembalikan kemuliaan umat yang terbaik ini selain dengan mendirikan semula Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah.

Sesungguhnya janji Allah dan Rasul dalam perkara ini adalah jelas sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis di bawah;

”Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda: Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan ’Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam.”
[HR Ahmad dan Baihaqi dari Nuâman bin Basyir dari Hudzaifah]

Jalan untuk mendirikan semula Khilafah

Khilafah adalah bentuk sistem pemerintahan Islam seperti yang diamal dan dijalankan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Mendirikan Khilafah bukanlah usaha yang berbentuk individu, namun, ia merupakan usaha yang berbentuk jamaah. Bagi memastikan bahawa jamaah ini bergerak di atas jalan yang benar, ia haruslah memiliki fikrah (pemikiran) dan tariqah (jalan/kaedah) yang jelas dan benar. Dan kebenaran hanya dapat diperoleh dari nas yang kuat. Dengan kejelasan dan kebenaran fikrah dan tariqah ini, jamaah tersebut akan dapat bergerak memimpin umat menegakkan semula Khilafah. Pada masa yang sama, setiap individu muslim haruslah berusaha bersungguh-sungguh, bersama dengan jamaah ini ke arah mengembalikan kehidupan Islam. Ini sesuai dengan kaedah syara’ yang berbunyi;

”Tidak sempurna sesuatu kewajiban melainkan dengannya maka ia menjadi wajib”

Menerapkan Islam secara menyeluruh merupakan suatu kewajiban. Ini tidak akan dapat dijalankan sepenuhnya tanpa kekuasaan dan Khilafah Islam merupakan satu-satunya bentuk kekuasaan yang sah di sisi syara’. Kini Khilafah tidak wujud. Mewujudkan Khilafah menjadi suatu kewajiban dan tanpa jamaah, kewajiban ini tidak akan dapat dijalankan. Dan selagi jamaah ini masih belum berjaya menegakkan Khilafah, maka di atas setiap pundak kaum Muslimin ada kewajiban untuk bersama-sama jamaah ini menegakkan Islam.

Jamaah ini haruslah berjuang dan beraktiviti sebagai sebuah parti politik, kerana aktiviti mendirikan negara, menguruskan negara dan menjaga urusan umat Islam adalah merupakan aktiviti politik. Syariat Islam tidak pula menetapkan bilangan jamaah yang harus ada bagi menjalankan aktiviti ini. Yang ditetapkan Islam adalah kewajiban mewujudkan jamaah untuk menyeru kepada Islam dan melakukan aktiviti amar ma’ruf dan nahi mungkar. Allah berfirman di dalam surah Al Imran ayat 104.


“Dan hendaklah ada daripada kamu satu umat (jamaah); mereka menyeru kepada kebaikan mengajak kepada yang ma’ruf dan mencegah perkara munkar dan mereka adalah orang-orang yang berjaya”

Wahai kaum muslimin,

Semenjak kejatuhan Daulah Khilafah pada 3hb Mac 1924, umat terus ditimpa musibah yang tidak putus-putus. Umat, meskipun berada dalam keadaan yang tertekan, terus berpecah-belah dan saling bertelagah. Namun keadaannya berbeza dengan kaum kuffar. Mereka bersatu mempertahankan Denmark ketika negara tersebut diancam dengan pemulauan. Kata-kata Presiden EU baru-baru ini mempertahankan pendirian Denmark untuk tidak meminta maaf kepada kaum Muslimin menghidupkan semula memori Perang Salib. Apakah peristiwa penghinaan ke atas Rasul, kezaliman Yahudi dan pencerobohan mereka ke atas Qiblah-al-awwal, penghinaan ke atas Al-Quran, penyiksaan ke atas tahanan Islam di Teluk Guantanamo dan Penjara Abu Ghareeb serta banyak lagi penyeksaan ke atas kaum Muslimin masih belum cukup bagi kita untuk menyadari bahawa tiada penyelesaian lain bagi kaum Muslimin kecuali dengan menegakkan Negara Islam Khilafah? Semoga Allah menanamkan kesedaran ini kepada kaum Muslimin dan mempercepatkan berdirinya Daulah Khilafah. Marilah kita sama-sama berdoa agar 3hb Mac tahun ini merupakan hari peringatan terakhir bagi kaum Muslimin sebelum kemenangan gilang-gemilang dikurniakan Allah kepada umat yang mulia ini!. Amin.

*penulis..faezudin fuad


SURAT DARI SYAITAN UNTUKMU

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.
kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu
Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan ‘Bismillah’ sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu
Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya
Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu..
Hai Bodoh, Kamu millikku.
Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,
dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .
Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.
Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.
Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya
Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.
Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku, dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.
Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH
Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani
Kita nonton film ‘porno’ bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, mempersenda dan mempermain kan perasaan orang, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua ,
Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.
TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.
Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.
Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.
Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu.
Aku ingin mengucapkan ‘TERIMAKASIH’ kerana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.
Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu..
Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.
Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.
Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.
Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.
Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.
Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.
Begitulah anak-anak .
Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.
Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.
Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.
Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.
Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.
Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.
Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

Catatan :
Jika kau benar2 menyayangiku (iblis), kau tak akan memberi surat ini dengan siapapun


KUNTUM KHAIRU UMMAH

Posted by penegak Syiar!!

susah untuk menerima apabila kita terpaksa menerima sesuatu secara terpaksa...tapi apa kan daya kita untuk menolaknya..
"mana tahu yang dibenci itulah yang terbaik untuk kita"
insyaAllah taklifan yang diterima ini adalah satu bebanan yang menjadikan diri yang memilikinya lebih bermotivasi dan menjadi qudwah bagi setiap insan yang mengenali..
"kuntum khairu ummah yang dilahirkan untuk menyuruh kepada kemakrufan dan mencegah yang mungkar, dan beriman kepada Allah.."
itulah tugas seorang yang bernama khalifah yang diutuskan oleh Allah di muka bumi ini..
amanah itu berat namun jika dipegang dengan prosudernya akan menjadi ringan seringan angin..
syurga Allah itu Maha Luas...semoga kita adalah diantara penghuninya..


NATIJAH HARI SEMALAM

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

Saat mentari terbit, aku sudah berada di stesen bas yang akan membawa aku ke Ibu Kota. Aku akan menaiki bas Transnasional yang bernombor T818. Aku menunggu dengan penuh kesabaran. Itu adalah pengalaman pertama aku pergi merantau ke ibu kota. Apalagi bersendirian. Pelbagai perasaan yang bermain di hati.

Bas yang akan aku naiki akan bertolak pada pukul sembilan pagi. Aku menunggu dengan penuh kesabaran. Tepat pukul 9.30 pagi datang sebuah bas Transnasional dua tingkat yang akan menuju ke Kuala Lumpur. Namun aku membiarkan sahaja bas itu berlalu pergi, tanpa ada sedikit pun perasaan yang mengatakan bahawa itu adalah bas yang akan aku naiki.

Mataku mengekori sahaja bas itu berlalu pergi sehingga hilang dari pandangan. Hatiku terpalit sedikit perasaan resah. Aku kembali duduk dan menyambung semula bersembang dengan sahabat seperjuangan. Keceriaan di wajahnya membuatkan keresahan ku pulih. Aku kembali tenang.

Beberapa minit kemudian sebuah bas Budaya berhenti betul-betul di hadapan ku. Bas budaya itu juga akan menuju ke Kuala Lumpur. Namun itu bukanlah bas yang ku tunggu-tunggu.

Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 10.45 pagi. Maknanya aku sudah menunggu selama satu jam setengah. Hati ku mula resah kembali. Aku seakan-akan sudah boleh menjangka aku sudah tercicir bas.

Selang beberapa saat kemudian aku mendail nombor kakak ku yang sedang menanti kedatanganku di sana. Aku menjelaskan perkara yang berlaku. Air mata ku hampir mengalir. Aku panik. Kakak ku kemudiannya menelefon syarikat bas. Ternyata jangkaan ku tepat. Aku adalah penumpang yang tercicir dari bas Trans yang mula-mula sampai di stesyen tempat aku menuggu. Sedih dan bungkam.

Tanpa menunggu lama aku menelefon ibuku untuk mengadu tentang hal ini. Ibu menyuruh aku bersabar. Hampir sahaja air mataku mengalir, bila ibu mengeluarkan kata-kata semangat untuk aku. Lama aku tidak melihat muka ibu. Saat itu aku merasa betapa tidak adilnya aku kepada keluarga. Selama hayatku, jarang sekali aku menghabiskan masa yang lama bersama mereka.

Aku berjalan longlai pulang ke asrama. Hati menjerit minta mata mengeluarkan airnya. Namun semua itu ku tahan. Ini pasti ujian Allah untukku. Aku bermuhasabah sebentar berfikir apakah punca terjadi nya perkara ini.

Aku seperti di beritahu akan puncanya bila terngiang-ngiang ayat yang pernah ku baca, yang aku pun tak tahu bila dan di mana.



“syurga di bawah tapak kaki ibu.”
“berbohong bukan satu cara yang boleh menyelesaikan masalah.”

Aku kembali berfikir kaitan ayat tersebut dengan perbuatan ku. Akhirnya Allah tunjukkan juga padaku. Inilah akibat bila berbohong kepada orang tua. Disebabkan ingin sangat ke Ibu Kota, aku telah menipu ibu dan ibu saudara ku sendiri. Aku katakan pada mereka aku akan bertolak bersama seorang sahabat sedangkan aku akan pergi bersendirian tanpa ada yang menemani.

Aku merasakan diri ini amat lemah dan kerdil. Alhamdulillah ibu sudah tahu akan perkara ini. Adakah keampunan ku akan diterima oleh Allah? Aku bersyukur pada Allah kerana memberikan natijah padaku secepat itu.
Namun aku masih memerlukan sesuatu yang boleh mengembalikan semangat ku untuk aku terus berdiri dan berhadapan dengan hari esok.


ENGKAU MAHA PENCIPTA

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

Ya Allah, hati ku menjadi sebak bilamana aku terbaca salah satu hasil tulisan tangan hambaMu yang aku pun tidak mengenalinya..Sungguh aku amat mengagumi tulisannya..ya Allah amat indah ciptaanMu..walau dengan hanya sebuah tulisan boleh menjadikan insan-insan di sekeliling nya turut merasa apa yang sedang dirasainya..kesedihan ku tidak dapat ku tahan lagi ya Allah..rupanya aku masih lagi mempunyai jiwa yang kosong selama kehidupanku..penulisan nya menjadikan aku kembali berfikir tentang fikrah hidupku.. fikrah yang sering aku patuhi, yang sering aku merasa tenang bersamanya..namun baru aku menyedari, aku tidak pernah mendapat kemanisan dalam fikrahku ini..ya Allah apa gunanya kehidupan ku selama ini??aku patuh pada segala perintahMu..namun adakah kau menerima segala amalan ku ya Allah..adakah aku akan bersama saff insan-insan yang sedang menuju syurgaMu..ya Allah, terasa aku tidak layak untuk mengadu nasibku padaMu ya Allah..sungguh kerdil ku rasa..Dapat ku rasakan air mata ku mengalir laju..ku biarkan ia mengalir sehingga aku terlena dengan linangannya..

Pagi itu aku terjaga sedikit awal dari hari sebelumnya..lantas aku bersiap-siap, mentaharahkan diriku sebagai persediaan untuk mentaharahkan hati dan jiwa ku..kepalaku sedikit berdenyut namun ku gagahi jua..aku harus teruskan juga untuk menjalani kehidupanku demi mendapat redhaMu ya Allah..saat aku bangun bertahajjud, ku rasa kepala ku semakin kuat berdenyut..dan aku yakin ini adalah kafarah dari dosaku selama ini..ketika bangun untuk mendirikan rakaat yang kedua solat taubat, ku rasa beberapa tetes air sedang mengalir keluar dari mataku..ya Allah, apa erti tangisan ini??adakah aku sedang berada bersama saff insan-insan yang kau janjikan syurga??saat doa ku baca, air mataku semakin laju mengalir..ya Allah, ampuni segala dosa-dosaku..jadikan lah aku dari hambaMu yang terus bermujahadah di jalanMu..ya Allah aku amat memerlukanMu..jangan kau tinggalkan aku walau sesaat ya Allah..aku amat mengharapkan kasih dariMu..

Pagi itu aku memulakan hari seperti biasa, aku masih merasa kesedihan yang ku alami semalam..pada siapa harus aku meluahkan segalanya??kalau bukan hanya kepadaMu ya Allah..semoga aku akan terus berdiri tegak diatas landasan agama yang sebenar..

Semoga kehadiranku ke dunia ini akan menjadikan islam terus tertegak dan terus unggul...


BI'AH SOLEHAH KE TEMPAT KITA??

Posted by penegak Syiar!!

Sembahyang Jemaah
"Aku tak pernah miss sembahyang jemaah"
Itu mungkin hanya seminoriti...dan semajoriti yang lain???
Azan Subuh je.. mulalah tarik selimut.. emmm sedap.. dan yang bangun sembahyang tu pula tak terlintas ke dalam hati nak kejut kawan-kawan???
''takpe kubur lain-lain..''
masuk plak Azan Zuhur..
''engkau pergi dulu lah.. aku ada kerja sikit lagi ni nak kena siap''
kerja...kerja...sampai pukul 3 petang.. sikit ke tu????
lain pulak kisah bila je masuk waktu Asar..
pukul 5.30 petang..
''jom main bola.. ''
sembahyang jemaah tak rasa nak hadir.. main bola jemaah laju je mcam kilat..
maghrib plak..
''awak puasa??''
''tak, nak ikut serta korang makan je...''
sembahyang dalam bilik.. jemaah??
Isya'.. cerita kedai kopi bermulaaaaa....

Pakaian sempurna sebagai seorang islam ( x tabarruj )
"Aku dah pakai mengikut syariat benarkan, baju aku pun takdelah
lawa sangat..biase je.."
memang la..tapi wangian yang dipakai tu menusuk hidung..sampai berbatu- batu bleh bau..tak mandi pagi kot..

Bila ada arahan tak bleh pakai sandle atau selipar ke kuliah sebab takut orang dengar bunyi...tak..tuk...tak..tuk...tyme jalan..
Pencarian kasut pulak bermula..sebagai seorang yang pentingkan ''kecantikan'' pemilihan kasut hendaklah berunsurkan ;
1.corak sana ... corak sini ...
2.saiz ketinggian tumit kasut ..
3.orang pandang kasut dia je lah yang paling menawan ..
4.dan dia sendiri berasa dirinya adalah seorang yang menawan ngan kasut tu ..
Harga tak kisah dah.. kalau boleh nak dibeli satu set ngan baju skali.. ade plak tu dah bleh dah nak masuk 'Malaysia Book Of Record' ngan catatan 'pameran kasut terbanyak'... membazir tau tak??

masalah yang paling berat buat anak-anak muda... dan semakin menular.. wawancara khas dengan seorang dari budak IPT :
''pendapat tentang 'couple'??''
''saya rasa benda ni memang salah. Apalagi sekarang semakin ramai remaja- remaja terpengaruh ngan gejala ni sampai kan hukum Allah pun dia buat tak tahu.. ayah ibu hantar belaja tapi buat plak benda tak senonoh.. kempen kesedaran pun tak nak endah.. tu lah masyarakat sekarang..''
terima kasih kerana sudi bekerja sama.. alangkah baiknya jika setiap remaja ada sikap sebegini..
tapi dua hari selepas tu...
keluar pula dalam berita tentang si budak IPT tu ditangkap berkhalwat ngan pasangannya...tak ke hampeh!!!!

''WAHAI ANAK CUCU ADAM! SESUNGGUHNYA TELAH KAMI MENYEDIAKAN PAKAIAN YANG MENUTUPI AURATMU DAN UNTUK PERHIASAN BUATMU. TETAPI PAKAIAN TAQW, ITULAH YANG LEBIH BAIK. DEMIKIANLAH SEBAHAGIAN TANDA-TANDA KEKUASAAN ALLAH, MUDAH-MUDAHAN MEREKA INGAT.''


berjaya menghasilkan blog...

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

Alhamdulillah..bersyukur ke hadhrat Ilahi..yang masih memberi kesempatan kepada ana untuk memiliki blog sendiri dengan tujuan utama menegakkan syiar islam!!
insyaAllah...semoga setiap apa yang tertulis, tercatat di blog ana ini boleh memberi banyak manfaat kepada pembaca..
juga insyaAllah selagi dizinkan Allah ana akan sentiasa meng 'upgrade' kan hamparan ana ini dari semasa ke semasa..
ana mohon sokongan dan curahan idea daripada pembaca-pembaca sekalian agar hamparan ana ini sentiasa dihujani ilmu-ilmu dari pelbagai pihak..
dengan terbina nya hamparan ini ana dengan berbesar hati amat mengharapkan agar matlamat, objektif dan misi utama pembikinan hmparan ini akan tercapai...

wallaahua'lam...

 
seindah kalam, semanis bicara - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords