Tadi tengah lalu-lalu dekat blog sahabat, terbaca pula statement “masa mendewasakan kita”…aku tersenyum sekilas..tanda mengiyakan kebenaran statement tu..
Untuk pengetahuan pembaca, pada 7 november yang lalu umur saya baru sahaja masuk yang ke 2? Tahun..kebetulan, hari lahir saya tahun ini jatuh bersamaan hari raya haji. Dan untuk kesekian kali saya terpaksa beraya berjauhan dengan family tercinta. Tapi yang bestnya tahun ini saya beraya bersama sahabat-sahabat senegeri yang tidak pulang beraya…program tersebut sedikit sebanyak berjaya mengubati kerinduan pada kampung halaman…=)
Hendak dijadikan cerita, pada hari tersebut (hari lahir saya) tidak ada seorang pun insan tersayang yang mengwish saya..termasuk mama, bapa, kakak-kakak mahupun adik-adik…yang ingat pun hanya sahabat-sahabat yang tersayang.
Sedih saya bukan kepalang..tangis saya tidak henti-henti..mata membengkak sebagaimana hati ini membengkak..pada hari tersebut saya menelefon keluarga di rumah, berharap agar ada yang teringat..hampa …
Mahu sahaja saya melarikan diri daripada pandangan keluarga..hendak sahaja saya menghilangkan diri daripada fikiran keluarga..membuang jauh diri ini..
***
Tiga hari kemudian, keadaan saya kembali stabil..akal yang sihat ini, saya kerah untuk berfikir dan memujuk diri..tiada guna untuk bersedih, apa yang penting saya tidak lupa untuk menjaga amanah yang Allah beri ini..
Nyawa saya, tubuh saya, mama saya, bapa saya, keluarga saya.. mereka adalah amanah yang Allah beri untuk saya jaga..
Kalau terus-menerus marah atau merajuk, sampai bila dakwah tidak akan masuk ke dalam hati-hati mereka.. dan saya adalah insane yang paling gagal..gagal dalam memegang amanah..
Alhamdulillah, saya sudah kembali normal..tidak perlu sedih-sedih..kerana, semakin hari kita semakin dewasa..semakin dewasa kita semakin tua.. kenalah berfikiran matang dalam beberapa situasi..