Memaparkan catatan dengan label cerita hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita hati. Papar semua catatan

Masa mendewasakan kita…

Posted by penegak Syiar!! | Posted in


Tadi tengah lalu-lalu dekat blog sahabat, terbaca pula statement “masa mendewasakan kita”…aku tersenyum sekilas..tanda mengiyakan kebenaran statement tu..

Untuk pengetahuan pembaca, pada 7 november yang lalu umur saya baru sahaja masuk yang ke 2? Tahun..kebetulan, hari lahir saya tahun ini jatuh bersamaan hari raya haji. Dan untuk kesekian kali saya terpaksa beraya berjauhan dengan family tercinta. Tapi yang bestnya tahun ini saya beraya bersama sahabat-sahabat senegeri yang tidak pulang beraya…program tersebut sedikit sebanyak berjaya mengubati kerinduan pada kampung halaman…=)

Hendak dijadikan cerita, pada hari tersebut (hari lahir saya) tidak ada seorang pun insan tersayang yang mengwish saya..termasuk mama, bapa, kakak-kakak mahupun adik-adik…yang ingat pun hanya sahabat-sahabat yang tersayang.

Sedih saya bukan kepalang..tangis saya tidak henti-henti..mata membengkak sebagaimana hati ini membengkak..pada hari tersebut saya menelefon keluarga di rumah, berharap agar ada yang teringat..hampa …

Mahu sahaja saya melarikan diri daripada pandangan keluarga..hendak sahaja saya menghilangkan diri daripada fikiran keluarga..membuang jauh diri ini..

***

Tiga hari kemudian, keadaan saya kembali stabil..akal yang sihat ini, saya kerah untuk berfikir dan memujuk diri..tiada guna untuk bersedih, apa yang penting saya tidak lupa untuk menjaga amanah yang Allah beri ini..

Nyawa saya, tubuh saya, mama saya, bapa saya, keluarga saya.. mereka adalah amanah yang Allah beri untuk saya jaga..

Kalau terus-menerus marah atau merajuk, sampai bila dakwah tidak akan masuk ke dalam hati-hati mereka.. dan saya adalah insane yang paling gagal..gagal dalam memegang amanah..

Alhamdulillah, saya sudah kembali normal..tidak perlu sedih-sedih..kerana, semakin hari kita semakin dewasa..semakin dewasa kita semakin tua.. kenalah berfikiran matang dalam beberapa situasi..


.::CeriTAhaTi::.

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

Cuti masih lagi berbaki 4 hari.. assingment masih senyap belum bersentuh. Ingin disentuh semua assingment, tapi nafsu untuk bersenang lenang lebih kuat bahangnya..

Walaupun cuti masih berbaki 4 hari yang hakikatnya hanya berbaki sehari sahaja lagi...apa yang harus dilakukan dalam masa sehari ini??

Assingment???boleh siap ke?? ada 2 madah yang harus disiapkan..

Hanya bergantung harap...

Ya Allah...berikan aku kekuatan...


MANA FAIL???

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

Hampir sehari mencari….mana fail ni??? Mana la aku letak fail ni?? Dah banyak kali round bilik Mi, Fah dan Ya…bilik Tiey pun dah round jugak…siap check kat dalam almari lagi…tapi mana fail ni???penting,, ada kerja nak buat, bahan plak ada kat dalam fail tu…mana fail ni??

Fail tu warnanya biru..alllaaaaa…fail keras tu la. Mana fail ni..

“Allahuakbar….Allahuakbar…..” azan Asar pun berkumandang…

Kaki menuju ke tandas untuk mengambil air sembahyang…’’Orang kata kalau ambil air sembahyang insyAllah boleh hilangkan masalah…manatahu boleh ingat kat mana aku letak fail..ish..ish..ish..mana aku letak fail ni??’’

Sebelum solat, check sekali lagi bilik manatahu ada..mana fail ni?? Hampa….tetap takde..

Selepas solat, fikiran ligat memikir mana letaknya fail…? Berdoa memohon pertolongan Allah..selawat keatas Rasulullah S.A.W..berzikir..bertasbih..istighfar…surah al-Ikhlas kubaca khatam 3 kali…IKHTIAR…sebab aku nak fail itu…mana fail???

…ZAPPPP… (Nampak fail kat mana)

Astaghfirullahalazim….fail aku kat sana…subhanallah….alhamdulillah..ada kat dalam cabinet..tapi kat asrama yang sebuah lagi. Asrama yang menjadi tempat singgah seorang “musafir sakan Aisyah”…Alhamdulillah..syukur pada Allah…



Kesimpulan : mintalah pada Allah dengan harapan dan ikhtiar berdasarkan sunnah rasulNya dan kitabNya..Allah tidak akan pernah mensia-siakan hambaNya…



***WALLAHUA’LAM***


luah saja

Posted by penegak Syiar!! | Posted in



HARI INI BERLALU SEPERTI BIASA..NAMUN TIDAK SECERIA HARI YANG LAIN..MOODY..SEHINGGA TIDAK MAMPU UNTUK MELEMPARKAN SENYUMAN..SEKALI GUS MEMBUAT SEMUA SAHABAT DI SEKELILING BERADA DALAM KEADAANN PENUH TANDA TANYA...INGIN SEKALI MENUTUR MAAF...TP KERONGKONG LEBIH TANGKAS MENAHAN SUARA DARIPADA TERUS KELUAR....SYAITAN TERUS MENGAMBIL PERANAN...YANG KU MAMPU HANYALAH,, ISTIGHFAR SEBANYAK-BANYAKNYA.KERANA KEAMPUNAN YANG MAHA ESA ITU LEBIH AKU PERLUKAN...


cerita hati

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

Hati ku mengeluh lagi…mengapa??

Baru-baru ini Pointerku menurun…??entah terlalu banyak main, barangkali…

Ya itu adalah point utama!! MAIN-MAIN..

Kenapa banyak main? Dah la subjek-subjek untuk semester lepas adalah subjek yang payah..

Ada sebab lain? Entah,, busy kot..

Tak itu bukan alasan. Ya itu bukan alasan…tapi mungkin itu juga adalah puncanya..

Kenapa pula? Terlalu focus pada kerja…kerja…kerja…kerja…tugasan..tugasan..tugasan…
Selalu dan bukan jarang…terkejut bila tertabal nya diri ini..mungkin akibat terlalu terkejut dan langsung tidak ada pengalaman, hidup pun kucar kacir…

Takpe itu adalah pengalaman yang boleh mematangkan diri…

Dan dah ada tindakan untuk kesilapan itu??

Emm…entah..setakat ini tugasan dan kerja semakin meluru minta diselesaikan…dan sekali lagi kena menorbankan masa free yang ada…

Penat tak???entah…sesekali tu adala…akademik,,sahabat-sahabat yang lain lebih maju kehadapan..dan aku masih lagi berada di belakang,, di tempat yang sama..
Sesekali itu pula, aku merasa sangat penat sehingga aku ingin lari dari segalanya…kalau boleh jangan ada sesiapa yang mengganggu aku….
Tapi aku sedar itu hanya khayalan..itu hanya angan-angan..dan itu hanya sesuatu yang kadang tak akan menjadi kenyataan…

Manusia tidak boleh lari dari kenyataan…

Itu ungkapan yang paling sesuai, kenyataan yang harus ditempuh..biar pahit…
Pahit itu sementara…manis sedang menunggu disana..

Sure ke?? Manis sedang menunggu???

Itulah yang dijanjikan oleh Pencipta..

Dan apa yang perlu aku lakukan???

Hanya teruskan apa yang dah dimulakan..dan yang paling penting SETTING NIAT..biar memandu ke jalan yang diredhai…yakin boleh..!! dunia kekal menunggu di sana..

Hmmm….insyALlah…mungkin ini takdir hidupku dan ini yang akan membawa aku kepada Rabbul Jalil sebagai hambaNya yang kerdil dan mudahan Dia menerimaku seadanya…Syurga itu matlamat…

…husnuszhan selalu…muhasabah jangan lupa…ujian itu tarbiah..Allah bersama orang-orang yang sabar..=)

 
seindah kalam, semanis bicara - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords