Memaparkan catatan dengan label KONGSIAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KONGSIAN. Papar semua catatan

10 syawal

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

Lama tak masuk entry baru. Dulu semangat sentiasa berkobar-kobar..akan ada sahaja entry baru yang masuk. Tapi beku sebentar tanpa kemasukan entry terbaru. Rasa terabai tanggungjawab kepada blog ini. Namun, insyAllah akan diteruskan juga blog ini dengan entry-entry yang bermanfaat.. insyAllah.

Pertamanya, Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk terus bernafas dan meneruskan kehidupan. Semoga umur ini terus dipanjangkan dan boleh meneruskan bakti di atas muka bumi ini walaupun dengan kudrat yang sedikit.

Dan ucapan syukur ini juga dipanjatkan kepada Yang Maha Esa kerana mempertemukan kita dengan syawal yang mulia, selepas sebulan kita mentarbiah diri dengan menahan lapar dan dahaga, serta menahan segala-gala pintu yang membawa kita ke kancah maksiat. Di sini penulis ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam lebaran dan maaf zahir dan batin..kullu ‘am wa antum bi khair..

Pejam celik pejam celik..Sudah sepuluh hari kita berada di bulan syawal..apa yang penulis ingin kongsikan di sini, sejak tadi penulis melayari sesawang yang terkenal seperti blog, facebook dan twitter..kononnya ingin mencari ilham dan info-info terkini untuk dijadikan muhasabah diri selain menambah pengetahuan dalam berkarya..sedang penulis berjalan-jalan di laman sesawang ini, penulis terbuka profile twitter salah seorang rakan yang kiranya sudah lama tidak berhubung. Penulis dengan excited ingin tahu perkembangan rakan tu..dan mulalah penulis baca tweet rakan penulis tu..

Subhanallah..! penulis terkejut dengan semua tweet2 yang sempat penulis baca..sesuatu yang mengejutkan.. semua post2 rakan penulis tersebut berunsur islamic dan menginsafkan. Apa yang buat penulis begitu terkejut adalah, kalau hendak diikutkan rakan penulis itu adalah seorang yang teramat nakal dan ...[emmm....cukuplah sekadar itu yang penulis boleh gambarkan, takut terlebih lain jadinya..]

Penulis berasa sangat gembira dengan perubahan tersebut. Penulis terus terbayang-bayang kata-kata seorang sahabat penulis “saya suka jika orang itu bangkit dari kesilapan lalu, daripada orang yang jatuh kemudian bangkit kemudian jatuh kembali.”

Terharu hati penulis, bila rakan penulis tersebut ingin bercerita kepada penulis tentang perjalanan hidupnya sehingga dia menjadi seperti dia yang kini. Kalau ingin tahu ceritanya, kenalah tunggu entry seterusnya..insyAllah akan penulis blogkan..


Penulis memohon maaf seandainya entry kali ini tidak menarik..sila beri tunjuk ajar ^,^


AMALKAN >>

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

kepada da'ie-da'ie Allah...



semoga Allah merahmati dan meredhai jalan yang kita pilih...
DAKWAH ILA ALLAH !!!


Sang Empunya Jasad

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

Satu jasad yang amat ditunggu-tunggu oleh semua ahli keluarga..
Ibu, Ayah, Abang, Kakak....
Namun IBU lah yang paling tidak sabar menanti...
Dengan penuh debaran..
Dengan seribu satu perasaan yang bermain-main di minda..

Tepat pukul 5:30:48 am..
Jasad yang ditunggu-tuunggu akhirnya memperdengarkan tangisannya...
Sujud syukur sang ayah..
Tangisan sang ibu terlihat melalui air matanya yang mengalir..
Kelihatan amat lega..
Setelah hampir 25 minit bertarung nyawa demi melahirkan anak tersayang..
Kakak dan Abang melonjak kegembiraan..
Mengucap syukur pada Yang Maha Kuasa...
Sang Ayah pantas mendapatkan anaknya untuk diazankan di kedua-dua belah telinga..
Agar Si Syaitan LAKNATULLAH tidak mendahului Sang Malaikat...

Kini Sang empunya jasad sudah meningkat dewasa..
Sudah pelbagai liku-liku kehidupan yang dilalui..
Sehinggalah kini sang empunya jasad itu berada di salah sebuah kolej islam yang terletak di negeri kelahiran..
Sudah punya ramai kawan..
Kawan membina...Kawan seiring..Kawan makan kawan..Kawan bermacam Kawan..

“Nak, jangan pernah kita meninggalkan sembahyang yang lima itu...kerana itu lah yang pertama akan di hisab oleh Allah...Ayah tak nak anak-anak ayah menjadi seorang hamba yang kehidupannya diakhiri dengan penyesalan..”
Sedikit nasihat dari sang ayah...
Sang empunya jasad menginsafi kata-kata itu..

Namun kini, kata-kata itu bagaikan bunga lalang yang terbang di tiup angin..dan hilang entah ke mana...
Bila di arah untuk mengerjakan 5 yang wajib itu...Sang empunya jasad menjawab dengan seribu satu alasan..
Pandai....
Dia sedang bermain dengan hukum Allah...
Allah itu Maha Kuasa...








** Sang empunya diri dalam puisi ringkas itu adalah KITA wahai sahabat...renung-renungkan dan slamat bermuhasabah!!!!!


aku

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

Aku ketika itu masih berumur 7 tahun..
baru memasuki alam persekolahan..
aku sering dihantar ke rumah ayah saudaraku..
untuk dalam masa yang sebentar namun kerap..

selepas lima tahun bersekolah rendah..
aku memilih untuk bersekolah menengah di sebuah sekolah di ibu kota..
agak jauh dari rumah..
bila cuti, aku hanya akan tinggal di asrama..
selama lima tahun aku berkeadaan begitu..
akibatnya, aku menjadi pasif dihadapan seluruh keluargaku..
terutama pada ayah dan ibu..
aku faham perbuatan aku itu hanya menyakitkan hati kedua orang tua ku..
dalam masa lima tahun aku ibarat meng'orang asingkan' kedua orang tuaku..

apabila bait-bait kasih meresap dalam keluarga ku..
aku pula sekali lagi terpaksa meninggalkan rumah untuk mengikuti satu program kerajaan..
selama tiga bulan aku tidak pulang kerumah..
rindu terasa..
kala itu aku baru merasa nikmat merindukan keluargaku..
baru aku mengerti perasaan insan-insan yang menangis kerana rindu keluarga..
selama ini aku hanya mentertawakan mereka..
ia adalah satu jenaka buatku..
kini aku mengalaminya..

selepas tiga bulan, aku kembali ke rumah..
namun, belum pun sampai tiga bulan penuh aku menghabiskan masa bersama keluarga..
aku terpanggil lagi untuk menyambung pengajianku..
di sebuah Institusi Swasta tempatan..
namun terpaksa lagi berjauhan dengan kedua orang tuaku..
aku akan pergi untuk masa yang panjang..
apabila aku kembali kerumah segala-galanya mungkin akan berubah..
dalam masa dua tahun yang awal ini aku baru berpeluang untuk bersama mereka selama tiga minggu sahaja..
sungguh sedikit masa untukku bersama keluarga ku...

hati meronta namun perjuangan perlu diteruskan..
Doa sahaja yang boleh menjanjikan bahawa mereka dalam keadaan yang baik-baik sahaja...


Masjid Kampung Laut

Posted by penegak Syiar!! | Posted in



Masjid Kg Laut merupakan sebuah masjid yang terletak di jajahan Kota Bharu, Kelantan. Ia terletak di Nilam Puri berhadapan dengan Universiti Malaya, kampus cawangan Kelantan, iaitu 20 km dari pusat bandar Kota Bharu. Usia masjid ini dipercayai melebihi 300 tahun dan turut dikaitkan kedatangan Islam di Kepulauan Nusantara abad ke-17 Masihi. Selain diiktiraf sebagai masjid tertua di negara ini, Masjid Kampung Laut turut disenaraikan antara masjid paling "bersejarah" di Asia Tenggara, seangkatan dengan masjid Nat Tanjung dan Wadi Hussin di Thailand, Masjid Demak di Jawa, Indonesia dan Masjid Kono (Champa, Kemboja).

SEJARAH

Menurut cerita lisan tradisi, berabad-abad dahulu, para pendakwah belayar ke sepanjang kepulauan Melayu untuk menyebar agama Islam. Pada tahun 1730-an, sekumpulan pendakwah melalui pantai timur Semenanjung Malaysia dalam perjalanan mereka dari Patani di selatan Thailand ke Jawa di Indonesia. Malangnya perahu mereka bocor dan mengalami kesulitan. Para mubaligh dalam perahu itu bersumpah bahawa kalau mereka dibawa ke pantai dengan selamat, mereka akan membina sebuah masjid dengan serta merta untuk memperingati peristiwa itu. Doa mereka dikabulkan, dan para pendakwah mendarat di Kampung Laut, Tumpat.

BINAAN MASJID

Masjid yang asal bukannya apa yang dilihat pada hari ini. Ia merupakan sebuah struktur asas dengan hanya empat tiang yang menyangga bumbung tiga tingkat yang diperbuat daripada daun rumbia. Keluasanya hanya 400 kaki persegi pada keseluruhannya. Pada akhir abad ke-19, masjid ini menjadi satu pusat agama yang penting, dan masjid itu diperbesar untuk merangkumi bilik sembahyang tambahan, peran, serambi, dan menara. 20 batang tiang dibina untuk menyangga binaan tambahan ini. Binaan tambahan ini menggunakan teknik 'Tebuk-Pasak' yang amat unik. Ia dibina daripada kayu tetapi tidak menggunakan walau sepucuk paku sekalipun. Atap daun rumbianya digantikan dengan atap genting.

Malangnya, asas masjid itu lemah. Dibina di tebing sungai, masjid itu sering dilanda oleh banjir kilat seperti banjir tahun 1926 yang dikenali sebagai "Bah Air Merah" yang melemahkan lagi asasnya. Selepas dilanda sekali lagi oleh banjir yang teruk pada tahun 1966 yang menghanyutkan sebahagian masjid itu, Persatuan Sejarah Malaysia mencadangkan pemindahan masjid itu ke tempat yang lebih selamat. Pada tahun 1968, masjid itu dibuka dan dipasang semula di kawasan Sekolah Pengajian Islam di Nilam Puri.

Pada tahun 1988, masjid ini diperbaik lagi dengan kemudahan-kemudahan moden seperti elektrik, air paip, tandas, dan kawasan duduk. Tiang-tiang dan dinding-dinding masjid juga dihias dengan ukiran kayu. Dengan tambahan-tambahan ini, kawasan binaan menjadi 5,254 kaki persegi (74 kaki x 71 kaki), iaitu 13 kali lebih besar daripada masjid asal.

Masjid Kampung Laut kini masih merupakan pusat agama yang aktif dan telah dianggap sebagai salah satu muzium yang paling penting di Semenanjung Malaysia.

LOKASI
Masjid Kg Laut
Jalan Kuala Krai,
Nilam Puri, Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim


SYAYAATIN

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

Menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyah, iblis berkembang biak menghasilkan lima jenis keturunan, iaitu:

SABAR
Kerjanya menimbulkan keluh kesah ke dalam hati orang yang ditimpa musibah sehhingga orang itu tergamak menyalahkan Tuhan.

DASIM
Kerjanya menimbulkan rasa cemburu yang melampau ke dalam hati suami dan isteri sehingga mereka bercerai-berai.

AL-A'WAR
Kerjanya menghasut manusia supaya berzina. misalnya, mendorong wanita berpakakian seksi dan mendorong pemuda dan gadis berdua-duaan sehingga timbul keinginan antara kedua-duanya melakukan zina.

MISWATH
Kejanya memisikkn cerita bohong dan meniup rasa buruk sangka ke dalam hati manusia. MISWATH juga menghasut manusia supaya menyebarkan fitnah.

ZAKNABUR
ZAKNABUR menyuntik rasa seronok ke dalam hati manusia di pasar dan pusat membeli belah. kesannya ramai orang suka menghabiskan masa yang lama di sana, malah sebahagiannya pergi ke sana tanpa sebarang tujuan

 
seindah kalam, semanis bicara - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords