Syafiq adalah seorang pimpinan di kolejnya. Sebagai seorang pimpinan, biasalah dia sentiasa sibuk dengan urusannya. Apalagi, tampuk pimpinan yang baru akan naik dalam masa yang terdekat. Jadi ini sudah menjadi tugasnya untuk mencari dan meneliti calon-calon yang sesuai untuk menggantikan tampuk pimpinannya. Sudah pasti dia akan memilih yang terbaik untuk menggantikan tempatnya.
Sehinggalah satu hari, terdetik di hati Syafiq untuk membuka emelnya. Seperti biasa Syafiq menerima banyak mesej. Syafiq membuka satu persatu mesej tersebut;
Dan salah satu daripada mesej tersebut berbunyi..
“salam, Syafiq.. ana tahu, anta tengah mencari pengganti anta untuk terus memerintah kolej ini. Ana harap orang yang anta pilih itu nanti, adalah orang yang sangat-sangat sesuai. Kalau tak boleh pilih yang lebih baik dari anta pun, biarlah dia serupa macam anta. Anta faham kan maksud ana.. Syafiq, ana bukan dari golongan yang macam anta. Tapi, Syafiq di minda ana ni masih terbuku satu persoalan. Ana harap anta boleh memberikan jawapan yang ana inginkan. Syafiq, mengapa golongan-golongan ana sering dipandang serong? Memang kami nakal, tapi tidak semestinya kami jahat. Lagi satu..adakah kami ini tidak layak untuk menjadi pimpinan semacam anta?
Ana harap anta tidak tersinggung dengan kata-kata ana tu. Tapi ana mohon anta tolong balas emel ini. Jazakallahu khairan kathiran…”
“ehmm…” satu keluhan terbit dari mulut Syafiq.
“mengapa dengan anta Syafiq? Tak baik mengeluh macam tu.. banyak sangat ke kerja anta? Ana free lagi setakat ni..ada apa-apa yang boleh ana bantu?”Hisyam sahabat seperjuangan Syafiq tiba-tiba muncul dari dalam bilik solat. Selesai 2 rakaat Dhuha dia tunaikan. Begitulah kehidupan seorang yang bernama pemimpin seharian..seakan-akan sudah menjadi kewajipan untuk mereka. Rugi apabila ditinggalkan walaupun ianya hanya ibadah sunat.
“emmm….tak ada apa-apalah Syam..ana buka emel ana ni, ada seorang hamba Allah hantar mesej pada ana. Tekejut ana.”
“ooo…dia kata apa? Ngorat anta ke?” Hisyam cuba bergurau, untuk menghilangkan perasaan muram sahabatnya. “meh, ana nak baca..”
Selesai membaca, Hisyam tersenyum…
“fiq…soalan ini hanya ingin menguji anta..adakah anta berfikiran jauh atau tidak. Fiq, cuba anta bayangkan yang anta dah ada seorang anak. Di tangan anta pula, ada dua biji epal yang anta nak bagi pada anak anta. Tapi salah satu daripada epal tersebut sudah rosak di sebahagian sahaja..dan di sebahagian yang lain masih elok. Dan epal yang satu lagi masih elok di semua bahagian. Epal mana yang anta nak beri pada anak anta?”
Syafiq pun menjawab dengan confidentnya..
“sudah tentu yang masih elok..anak ana mesti tak nak yang dah buruk walaupun rasanya sama. Biasalah budak-budak..dan tak kan ana nak bagi yang dah buruk..apa punya ayah la ana..”
Hisyam pun menyambung setelah mendapat jawapan daripada Syafiq..
“emm…begitu jugalah dengan pemimpin..tak kan kita nak pilih orang yang dah rosak akhlaknya untuk menjadi contoh pada adik-adik..dan kita bekas pimpinan ni tak kan nak bagi adik-adik kita ikut pada yang tak baik..apa punya pemimpin la kita…ada faham encik Syafiq?? Adakah anda masih confuse untuk menjawab soalan hamba Allah itu?”
“syukran Syam..ana dah semakin faham.”
“jadi, kita kena lebih banyak memohon keampunan padaNya..dan minta supaya Allah bukakan pintu hati mereka-mereka yang jauh hatinya dari Allah agar mereka berada di jalan yang benar sebelum mereka kembali kepadaNya yang Kekal Abadi…ameennn ya Rabb..”doa Hisyam yang tulus kelihatan dari kelopak matanya..
“ameen…” Syafiq menyambung..
Wallahua’lam..
:: flower passion
11 tahun yang lalu
0 Responses to "JOM BERFIKIR SEJENAK.."
Leave a Reply