SINAR MENTARI

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

''Nurain!!!!'' pekik Amira sekilas ternampak Nurain yang sedang berjalan pulang ke rumah bersama kawan-kawannya.
''Amira!! emm comotnya..Amira dari mana ni?'' Nurain menyambut Amira dengan senyuman, tapi seketika cuma. Sedih melihat keadaan Amira yang comot.
''Tuu...'' jawab Amira sambil menjuih bibir ke arah lopak yang terhasil akibat hujan yang turun semalam.
''ni..tengok Amira tangkap berudu...banyak sangat..hehe...best tau. Jom laa.. emm Ain dari mana ni?''petah Amira berkata-kata, sambil menyapu-nyapu bajunya yang terpalit lumpur.
''Ain baru habis sekolah, nak pulang kerumah.'' Nurain menjawab ringkas.
''oooo....Ain petang ni jangan lupa tau..kat tempat biasa..Amira tunggu tu...'' ujar Amira sambil berlari menuju ke belukar. Entah apa aktvitinya di sana.
Nurain meneruskan perjalanan bersendirian. Kawan-kawannya sudah berlalu meninggalkannya tadi kerana jijik melihat Amira yang mereka anggap pengotor itu. Tapi tidak bagi Nurain. Amira adalah sahabat yang paling istimewa untuknya.

Amira Syafiqah itulah nama insan kerdil yang menjadi sahabat istimewa buat Nurain. Walaupun ramai orang membenci Amira, kerana Amira seorang kanak-kanak yang terbiar..hanya mak tiri yang tidak pernah mempedulikannya sahaja tempat Amira bergantung harap. Itupun kalau mujur.. selalunya Amira akan menjadi mangsa dera oleh emak tirinya. Tapi Amira tidak pernah mengeluh dengan nasibnya. Sebab itulah Nurain menganggap Amira seorang yang istimewa. Amira tidak bersekolah akibat nasib yang melanda dirinya.

Nurain pula, dilahirkan di dalam keluarga yang serba cukup. Punya seorang adik lelaki yang masih belum pandai berjalan. Mohd. Fariz Haikal. Umur Nurain muda setahun dari Amira. Yang mana Nurain kini berumur 7 tahun.

''Nurain...nah..makan buah jambu batu ni. Mira ambil kat blakang rumah tadi.” Amira lantas memberi buah jambu batu yang baru dipetiknya di kebun kepunyaan arwah ayahnya di belakang rumahnya. Nurain menyambutnya dengan senyuman.
“Terima kasih”. Nurain benar-benar menghargainya. Amira hanya tersenyum. Mereka sama-sama menikmati buah jambu batu itu. Memang manis, pandai Amira pilih buah. Monolog hati Nurain.

''Nurain!!!berapa kali mama dah cakap..jangan main dengan budak hingusan tu lagi..nanti tak pasal-pasal Ain pun terkena kekotoran budak tu..''panjang mama Nurain membebel. Mama Nurain memang tidak suka pada Amira. Tapi Amira tak kisah.
''err...Ain pegi la pulang..nanti mama Ain marah..takpe esok kita jumpa lagi..''Amira bersimpati pada Nurain. Gara-gara dirinya sahabatnya di marahi. Nurain membontoti mamanya, namun di hati Nurain dia berat untuk berpisah dengan Amira saat itu.
Kerana esok belum tentu dia boleh berjumpa dengan Amira lagi...Mungkin hari itu adalah perjumpaan mereka buat kali terakhir.

****

Nurain mengesat air matanya yang gugur. Sedihnya tiada siapa yang tahu. Dia amat merindui sahabatnya Amira.. Entah bagaimana kehidupannya sekarang. Sihat kah dia?? cukup kah makannya?? minumnya?? adakah layanan mak tirinya masih seperti dahulu??

****

Petang itu, seperti biasa Amira menunggu Nurain dengan penuh sabar. Sudah setengah jam Amira duduk di batu tempat dia dan Nurain sering bermain. Kawasan itu sudah sebati dengan mereka. Kawasan itulah yang menjadi tempat permainan mereka. Tiada sesiapa yang berani menganggu.

Setelah bosan menunggu, Amira mengambil keputusan untuk pergi kerumah Nurain. Walaupun dia tahu dia hanya akan dimarahi oleh mama Nurain. Tapi entah mengapa hari itu hatinya teringin benar untuk bermain dengan Nurain. Langkah kakinya dipercepatkan.
''Nurain!!!''pekik Amira tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
''Amiiirrraa!!!''Nurain terkejut namun dia sangat bembira. Pantas dia berlari menuju Amira.
''Ain nak kemana??banyak barang... Kereta besar pun ada..Ain nak pergi jauh dari Mira ke??tapi kenapa??Mira ada buat salah ke dengan Ain??Ain cakapla...kalau mama Ain marah sebab Ain kawan dengan Mira..takpe Mira tak akan ganggu Ain lagi..tapi tolonglaa Ain jangan la pergi..''sebak hati mama Nurain, apabila mendengar Amira berkata begitu. Di biarkan dua sahabat itu bersendiri. Ada sedikit kesalan di hati mama Nurain. Tapi keputusan sudah dibuat dan perlu diteruskan.

****

Di Lapangan Terbang KLIA..
''assalamualaikum mama....assalamualaikum papa...Ain dah sampai...Alhamdulillah....''
sambil bersalaman dengan kedua mama dan papanya.
''mana Fariz??''tanya Ain. Rindu pada adiknya itu tidak tertahan.
''chak!!!assalamualaikum bidadari Yaman!!''Fariz tiba dari belakang Nurain. Mereka bersalaman sambil bercerita tanpa henti.
''ehem...ehem...'' satu suara menerpa..
''astaghfirullahalaziim...maafkan Ain abang, Ain terlupa..'' terlupa Nurain pada suaminya. Maklumlah, baru berkesempatan berjumpa dengan keluarga setelah 6 tahun berada di Bumi Anbiya'.
''ma..pa..ni lah suami Ain..Amirul Mukminin...''Amirul segera bersalaman dengan keluarga mertuanya.
Terlihat kekaguman di mata kedua orang tua Nurain saat melihat menantu mereka yang gagah seperti Saidina Umar Al-Khattab. Semoga dirinya juga semantap Khalifah Allah itu. Doa keduanya di dalam hati.

****

''mak cik...mak cik nak bawa Nurain kemana??mak cik...nanti Mira takde kawan..mak cik tau kan cuma Ain saja yang sudi kawan dengan Mira..nanti Mira sunyi...mak cik,,Mira janji..Mira akan jadi bersih macam Ain lepas ni..Mira budak baik..Mira tak kan mungkir janji..tapi mak cik, jangan la biarkan Ain pergi....'' sedu Amira jelas kedengaran..air mata seorang ibu, jatuh juga...tidak sanggup mama Nurain mendengar tangisan dan pujukan Amira. Mama Nurain terus masuk ke dalam rumah.
''Miiiirrraa.....Ain kena pergi juga...sob...sob...Mira kena jaga diri elok-elok tau...jangan nakal...sob...sob..Mira kan budak baik...Mira tak kan mungkir janji kan...sob..sob..ni pagi tadi Ain pegi rumah cikgu..Ain minta cikgu tolong buat kek untuk Mira makan...err...Mira makan lah ye...ni sebagai tanda kenangan dari Ain...''Nurain menyerahkan kek yang dibuatnya bersama cikgunya pagi tadi.
Amira menyambutnya lemah...

''Nurain!!!Mira budak baik...Mira akan tunggu kepulangan Ain tau!!!Mira tak kan mungkir janji!!!''sempat Amira mengingatkan Nurain sebelum Nurain masuk ke dalam kereta.
Nurain mengangguk lemah...

Mata Amira melirik kereta Nurain sehingga hilang dari pandangan. Kini hidupnya sepi tanpa sahabatnya...Nurain Ibtisam....
Entah, selepas ini apa yang akan menimpa dirinya..........


****

''mama...''Ain menyapa mamanya yang kelihatan termenung.
''ye sayang....''
''emmm mama, Ain ingat Ain nak pindah kampung. Ain nak berkhidmat pada orang kampung kita mama...Ain dah pun bincang ngan abang Mirul. Abang Mirul pun nampaknya macam setuju.'' Ain resah menanti jawapan dari mamanya. Takut hajatnya yang sebenar diketahui mamanya.
''emmm..........Ain nak cari Amira ke??'' pertanyaan mamanya membuatkan Nurain tersentak.
''err.......''
''tek pelah mama izinkan...mama nak Ain bela kehidupan Amira..semoga Allah mempertemukan Ain dengan Amira..tapi suami Ain tahu ke sebab Ain nak ke kampung??'' Nurain mengucap syukur di hati..
''Alhamdulillah...ingatkan mama nak marah tadi..kalau pasal Abang Mirul, Alhamdulillah semuanya selesai. Abang Mirul pun setuju dengan cadangan Ain dan Abang Mirul sudi nak bantu Ain.''jawab Nurain tersenyum..
''baguslah kalau begitu...bila nak bertolak?''mama Nurain inginkan kepastian.
''mungkin minggu hadapan..tapi sementara waktu ni, Ain dan Abang akan ulang alik dulu. Selepas dah jumpa rumah barulah kami akan berpindah secara total'' jelas Nurain dengan panjang lebar.

''maafkan mak cik Amira....''hati ibu Nurain bermonolog sendirian.

****

''woi!!!!jangan ganggu kampung ni laa!!!!'' Nurain dan suaminya terkejut. Mereka yang sedang bergotong royong berhenti melakukan kerja.
Nurain dan suaminya sudah 2 minggu berada di kampung tersebut. Segala cita-cita mereka ingin membangunkan sedikit sebanyak kampung itu sudah membuahkan hasil. Tapi ada sesetengah pemuda kampung yang masih belum menerima kehadiran mereka. Mungkin perlu sedikit masa.

Nurain sedih, kerana sehingga ke hari itu dia belum berkesempatan untuk berjumpa dengan Amira. Sudah puas dia bertanya pada penduduk kampung, tapi tidak ada sebarang jawapan yang diterima.
''ahh....jangan berputus asa wahai khalifah Allah!!!Allah pasti membantumu..''Nurain berkata sendirian untuk memulihkan kembali semangatnya.

****

''ehem...apa kau buat disini???'' satu suara menyapa menung Nurain. Ditolehnya ke belakang, alangkah terkejutnya Nurain apabila melihat orang dihadapannya bagaikan jin yang baru keluar dari botol. Terus sahaja Nurain menerkam kearah suaminya yang berselindung di balik batu.
''kau siapa???kenapa ganggu tempat aku?!'' gadis itu menyinga.
''maaf cik..kami cuma ingin melawat tempat ini. Kawasannya cantik.''suami Nurain cuba menunjukkan kemesraan. Takut-takut sesuatu akan menimpa isterinya.

''Amira Syafiqah!!!!'' terpacul nama itu di bibir Nurain.
Gadis itu tersentak, kerana namanya disebut.
''Ini Ain...Amira...Mira dah lupa Ain ke??'' Nurain memperkenalkan dirinya.
''subhanallah...Tuhan sekalian Alam...Amira ke???Alhamdulillah akhirnya kita bertemu juga.'' mesra suami Nurain, seolah-olah turut merasa apa yang isterinya rasakan.
''Nurain.....''air mata gadis itu tumpah.
''kenapa kau kembali???''
''Ain tak kan mungkir janji Ain...''
suaminya tetap di sisi.
''emmm....dah la..Amira jom jemput ke rumah saya...''ajakan suami Nurain disambut baik oleh Amira.
Malam itu, mereka bercerita.
Amira bercerita sepenuh hatinya pada Nurain dan suaminya. Pengalaman Amira yang pernah dipenjarakan sebanyak dua kali. Sedangkan itu bukan salahnya. Amira tidak pernah memakan kek yang diberikan Nurain padanya. Itu adalah hadiah yang amat bermakna untuknya, dan kek itu dibiarkan buruk begitu sahaja.
Dengan harapan yang tinggi menggunung agar sahabat baiknya itu akan pulang.
Saat itu juga tumpah air mata Nurain, mengenangkan cerita Amira.

Malam itu, Nurain tidak dapat tidur kerana asyik memikirkan hal Amira. Suaminya sudah hanyut dibuai mimpi. Kepenatan sekali nampaknya.

****
“Nurain...bila nak balik kampung? Nanti tolong beli baja buah ye..stok hari tu pun dah habis.”

“siapa Amira??”

“Nurain, makcik...Mira minta dia tolong beli baja buah..kebetulan dia nak balik hujung minggu ni..”

“oooo....”

****
Begitulah...kehidupan Amira yang kini mengusahakan tanah kepunyaan arwah ayahnya. Dengan tanaman jambu batunya. Walaupun tanah arwah ayahnya hanya 2 ekar setengah, namun hasilnya begitu subur dan segar.
Begitu juga dengan ibu Nurain yang membantu Amira di kebun, walaupun tengah sibuk dengan mengambil upah menjahit baju. Ibu Nurain tetap membahagikan waktunya untuk sama-sama mengusahakan kebun arwah ayah Amira.
Ibu Nurain melayan Amira seperti anaknya sendiri. Dia menyesal dengan perbuatannya dahulu.
Emak tiri Amira pula telah lari megikut suami barunya dan meninggalkan Amira dalam keadaan sebatang kera ketika umur Amira 12 tahun.

Nurain dan suaminya pula berjaya membuka sebuah tahfiz di kampung tersebut. Tahfiz tersebut adalah untuk kanak-kanak berusia lingkungan 7 hingga 18 tahun. Mereka tidak meninggalkan kanak-kanak yang terbiar. Kerana bagi mereka nasib kanak-kanak itu adalah tanggungjawab mereka. Tidak ingin pisang berbuah dua kali.

****

“Najihah!!!tengok apa Tas bawa ni...” terpaku mata Nurain melihat aktiviti dua anak muridnya, Najihah dan Mumtaz.
“Mumtaz....apa ni? Tak masuk kelas ek tadi? Kenapa? Tengok tu dah la comot...” najihah mengomel.
“Tas tangkap berudu ni nak bagi Jihah tengok...”muncung mulut Mumtaz.

Dialog dua kanak-kanak itu membuatkan fikirannya mengimbas zamannya dahulu. “budak seperti Mumtaz lah yang aku harus lindungi...” tekadnya.

0 Responses to "SINAR MENTARI"

Leave a Reply

 
seindah kalam, semanis bicara - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords