renungan hari ini

Posted by penegak Syiar!! | Posted in

Bismillahirrahmanirrahim......
Assalamualaikum W.B.T kepada pelawat blog saya...

Alhamdulillah..setelah sekian lama tidak meng'update' blog saya, akhirnya saya dengan izin Allah Yang Maha Esa, telah diberikan ilham untk menulis sesuatu di blog yang tidak seberapa ini..Namun amat menginginkan manfaat kepada setiap orang yang membacanya...insyAllah....

Hari ini, tanggal 23 April 2010, bersamaan 10 Rabiul Awwal 1431, saya keluar ke Kota Bharu untuk membeli barang-barang keperluan..biasalah sebagai seorang pelajar asrama, apalagi duduk berjauhan dengan keluarga, membeli barang keperluan pun sendirilah. Kebetulan wang pinjaman PTPTN sudah di 'bank in' kan oleh pejabat bahagian kewangan yang sentiasa kaya dengan kehadiran insan-insan yang membawa wang kepada mereka.

Menyewa sebuah kereta adalah rutin harian bagi sesiapa yang ingin keluar menjenguk tempat yang ingin dituju. Tidak ketinggalan kami yang juga menyewa sebuah kereta untuk menjenguk tempat yang akan kami tuju. KB Mall..

Namun bukan kisah ini yang ingin saya ceritakan.

Hari itu saya sudah dua kali melalui sebuar tanah perkuburan orang islam yang terletak di sekitar Nilam Puri ini. Selepas memberi salam dan menydekahkan ummul Quran al-Fatihah..agar roh-roh arwah yang berada di dalam kubur itu sentiasa di rahmati Allah, terus sahaja fikiran saya beralih kepada 2 kes kematian yang mengejut baru-baru ini. Achik Spin dan Din Beramboi. Al-Fatihah untuk mereka..

Fikiran saya menerawang. Artis muda yang baru berusia 28 tahun itu mati dalam satu kes kemalangan jalan raya. Sungguh menyayat hati. Takziah saya ucapkan. Begitu juga dengan artis komedi Din Beramboi yang mana nyawanya diambil Allah saat beliau menghidap penyakit denggi berdarah.

Namun saat itu juga saya terfikir jika saya berada di tempat mereka, sempat kah saya untuk memohon keampunan dari Pencipta sebelum malaikat Maut mencabut nyawa saya. Saat itu juga saya terfikir nasib-nasib insan yang saya sayangi, masih kah ada waktu untuk bertaubat sedangkan ajal kita, entah bila. Ia akan datang secara tiba-tiba tanpa kita meminta.

“di mana sahaja kamu berada kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh, dan jika mereka mendapat kebaikan, mereka mengatakan``ini adalah dari sisi Allah,''dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana, mereka mengatakan``ini datangnya dari sisi kamu (Muhammad). Katakanlah semua datang dari sisi Allah. Maka mengapa orang-orang (Munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan seikitpun.''[An-Nisaa : 4:78]

Oleh kerana itulah Allah Yang Maha Esa mematikan sebahagian kita yang lain agar kita sentiasa berada dalam keadaan bersedia. Allah mematikan sebahagian kita yang lain adalah untuk menjadi peringatan kita yang masih hidup ini agar kita sentiasa dalam keadaan beringat dan tidak sekali-kali hanyut dalam dunia kita sendiri..

Ingatlah bahawa kehidupan ini hanya sementara. Kehidupan kekal sentiasa menunggu ketibaan kita. Samada kesudahan yang baik atau sebaliknya. Nauzubillah....

Wallahua'lam...

0 Responses to "renungan hari ini"

Leave a Reply

 
seindah kalam, semanis bicara - Free Blogger Templates, Free Wordpress Themes - by Templates para novo blogger HD TV Watch Shows Online. Unblock through myspace proxy unblock, Songs by Christian Guitar Chords